Friday, April 16, 2010

Akad nikah saya

Ha ah la lupa nak cerita kisah akad nikah.
Masa nak nikah kan, banyak cabarannya.
Mula-mula tetapkan date 18hb Mac.
Ayah aku ni hari-hari duk pergi masjid nak submit borang kat imam.
Asyik-asyik takde je imam nya.
LAst-last, dapat laaa jugak.

Yang sedih, imam tak boleh nak buat 18hb.
Last minit neh, awalkan jadik 17hb Mac.
Aku kena call balik fotografer, mak andam semua.
Sebab nak kena awalkan, kan.

Nasib baik sangat fotografer aku tak dibooked 17hb tu.
Mak andam dah ada orang booked on 17.
Aku dah nak nanges dah tau sebab yela sapa la nak pakaikan baju, mekap2 semua tu.
Pelamin kat rumah pun janji ngan mak andam, petang 18hb tu baru nak set up.
Last2 mak aku pujuk2, mak andam tu pun setuju.
Dia hantar anak buah dia pergi kat kenduri lagi satu, dia datang mekapkan aku.
Syukur.
Tapi memang kalut gila.
Dengan hantaran aku belum siap gubah semua lagi.
Macam-macam.
Sedih

Habis kes tetapkan tarikh.
Then masa akad pulak, sedih jugak.
RUpa-rupanya ada 4 pasangan akad malam sama.
Dah la imam mukim aku ni,
syarat dia, AKAD NIKAH MESTI DI MASJID.
Tak boleh buat kat rumah.
So, ok...kita akad la di masjid.
Ada 4 pasangan OK.
Memang kalut, dan lama, dan tak mengharukan.

Sebab, akad nikah 4 org, pastu aku yang last sekali.
Pukul 10:03 baru diakad.
Sekali lafaz, jelas dan bergema seluruh masjid.
Curlassst laki i. Hokhok.

Pastu kan,
Dah la perempuan semua kena duduk kat belah perempuan.
Tempat solat wanita la.
LAki, semua kat tempat laki.
So aku tak boleh nampak jelas laki aku akad nikah.
Sedih sangat.
Jarak terlalu jauh.
Aku rasa kalau nikah kat siam pon lagi bleh duk dekat2 kan?
Sedih aku, sebab jarak jauh.

Kan biasa orang akad nikah, musti mengalir air mata.
Terharu.
Aku masa sah jadi isteri Edy, aku memang terharu.
Baru je nak menitik setitis air mata,
Terus tok imam tu announce nak baca taklik.
Tak sempat hocay..
Cium2 tangan, cium dahi pun tak buat kat masjid.
Wuwuwuuww. Semua tu buat bila balik rumah semula.
Masa kat rumah tu baru we all cium tangan, dahi, sarung cincin.
Kat masjid tu memang akad semata-mata.

Pastu kan, tok imam aku tu,tak nak bagi orang lapik2 bantal ke ape untuk pengantin.
Katanya,'kita kat dunia ni xde beza darjat keturunan, sama je semua di sisi Allah.'
Wahhhh gitu uols...very the laser kan.
So, gitu lah kisahnya.
Tak cntik sangat la dalam gambar kan, sebab takde duduk2 atas bantal.
:( nanges sangat.


Dah la semua pengantin laki duduk sebaris je depan imam.
Macam kan kawin pakej derma baitulmal jek. T_T
Wuhuhuhuhuhhuhuh sedih sesangat.
NAsib baik laaa kat rumah buat lakonan semula.
Pastu seb baik la dalam keempat-empat pengantin tu, aku la cun sikit.
Hak hak tak bleh blah perasan.Kihkih.
Gurau jela..Sedapkan hati.

Begitulah alkisahnya majlis akad nikah saya,
Yang berlangsung pd tarikh feveret 17hb MAc 2010 di Kelate.
Dan juga melibatkan tok imam yang very the tak sporting.
Huhhhh
Yay esok 1 month anniversary. :)



Nah bukti bergambar.
Betul tau, hah takde bantal2 pun alas. Dah la karpet masjid tak vacum. Ada habuk sikit. I tak biasa ok. Sangat tak puas hati.


Oh tangan dia putih lagi. Tak boleh terima kenyataan.Kalau anak aku nanti gelap sikit, musti ikut aku Y_Y



Ni uols, bukti pengantin duduk sebaris hah. Edy ni pakai songkok corak masa bertunang hari tu. Mula-mula dia pakai songkok lain, pastu last minute dia kata macam tak sesuai yang tu, terus tukar. Songkok ulang tayang haha. Tengok tu ada lagi sorang tu ya alimmm sangat, pakai kopiah jek akad nikah. Mesti orang PAS ni. Haha tetibe.

Tambah sikit lagi ayat: Nampak takkk nampak tak kat gambar atas ni, ada manusia kecik2 jek kat belakaaaaaaaaaaaang..Hah, kat situ pulak semua orang perempuan, termasuk pengantin. Nasib baik aku tak kena beratur berempat camtu jugak. Hoh.

Kat rumah dah ni, bukan masjid. Janji ada scene2 cium uols. Ada i kisah? Hahaha. Yes yes.


Dan malam 19hb(majlis kenduri),  terus aku terperiod, terkejut kot. Motif sangat. Y_Y


Dear hubby, i love u mmmuaxx
moh kite............


Kepada suami,
Terima kasih sebab syg saya, dan terima kasih sebab sanggup bertahan dengan kerenah i yang memang teruk ni. Tak sangka ada yang sanggup tahan...I know myself, but u know better. :)

-Puan L.

5 comments:

~ZuE~ said...

kelakar gile part kawin pakej derma tu haha.. btw, uuuu pn L laa skrg kekeke

dd dudu said...

tergelak siket --> Macam kan kawin pakej derma baitulmal jek. T_T


lisa.. tak sangkaaa...

ermmm sy rase semua/kebanyakan perempuan sama je kot.. selain akad nikah yg wajib tu, persekitaran time tu pun kite nak something yang memorable.. sweet2.. huhu sy paham perasaan ko.. hehehe xpelaa, harap2 dgn ulang tayang tu leh sembuhkan luka siket, ewaahhh

;p

Ezzan Yusop said...

nak join dd gelak skali tp terkuat sbb ofis senyap ni. kihkih.

congrats lisa!

pestisid said...

kak zue,
kan??pakcik saya yg bagi nama pakej baitulmal tu..dlm masjid lak tu dia ckp..hahaha

dd,
sy pon gelak gak..x sempat sakit ati pon sbb nak gelak..

ezan,
keji sangat tau gelak kuat2 dlm opis Y_Y
yela yela pakej kawin baitulmal..
Y_Y Y_Y Y_Y Y_Y Y_Y Y_Y Y_Y Y_Y Y_Y Y_Y Y_Y

shy_wani said...

xpela..yg penting dh selamat sumenye. kalo nk citer mmg byk je bnde yg xpuas ati psl majlis kawen, tp redha aje la..

kesian en edy bile tau ko terkejut smpi terperiod..hahaha..

btw..part yg dok jauh2 time nikah tuh, aku rs lg best la kan. sbb aku pnye kene dok dekat2 pastuh setiap perkataan yg sang suami sebut aku dgr...sgt2 tersebak..smpi air mata 1 galon...

haha..slmt sebulan pernikahan. aku dh 6 bln..yey!