Thursday, March 3, 2011

Mimpi bersalin la pulak..

Adus sekarang ni asyik2 mimpi dah bersalin je.
Mimpi yang amat2 tak logik sesangat2 lah.



Eh hari ni sangat busy tau kat ofis tapi sangat stress dan sangat sakit rahim dan sangat sakit kaki. Kenapa aku sekarang over ni? Kossser tauu. Nasib baik baby dalam perut tengah tido. Dia baik, behave je..Jangan la ikut perangai mama dia cepat hangin dan negative thinker. Ikut la perangai papa, so cool dan positif. Tapi kalau papa marah, mama yg emo pasti nangesss ngamuk2 gila2 sebab nak cover kena marah kan, mesti la kena nangis baru la suami benti marah. Kalau aku buat muka kental, mesti lagi kena marah or leter2 hikhik. Harap2 Edy tak baca. Dia mana layan sangat benda2 sampah mcm blog aku ni. Hahahha.

Tetibe cite pasal kena marah kat suami pulak. Ape laa.

Ok la sebab dah stress ni siapkan keje nih, so blogging jap. Bukan nak makan gaji buto pun, lagipun hari2 balik lewat dari ofis hour kan,tak rasa bersalah ponnnn nak bukak FB or blog hikhik. Balik rumah pun kadang2 ngadap keja jugak kalau broadband ok. So tak rasa bersalah pon.. Eh apsal kena ulang banyak kali dan kena explain gigih2 nih? Ke sebenarnya dalam hati rasa bersalah? hahaha.

Alkisah camni.
Anmum ke susu brand ape ye, ada hantar diari ibu mengandung. Dalam tu dia akan cerita ape yang sedang berlaku pada ibu dan bayi pada minggu2 tertentu. Lepas tu minggu ke 32 kot aku baca, dia cakap now baby dah boleh notice siang dan malam, sebab kelopak mata dan mata dah elok terbentuk.

Lepas tu terus aku main2 dengan Edy, jom2 kita suluh perut tengok baby react tak. kuikui. Sebab rumah takde torchlight, so guna handphone screen punye backlight je. Tak kuat kot cahaya tu, so baby buat tak tau je haha.

Terus malam tu aku mimpi aku suluh perut pakai lampu suluh, pastu baby marah. Baby pon tendang aku dengan amat kuat sampai terkeluar2 kaki dia dari perut. Motif ganas baby girl???Jangan macam itu anakku..Kesian ibumu..Lepas tendang tu, baby terus klua dari perut. Motif beranak camtu je????Ngeri ok!! Pastu aku terus bangun mengucap. Nasib baik mimpi..Ngeri ok kaki baby menembusi perut pastu tetibe baby dah lahir. Hahaha.

Kaki baby lagi kuat dari ni tau.

Eh betul ke boleh nampak tendangan sampai macam ni skali? aku naaaaaaaaaak sangat kalau betul2 ade. Nak ambik gamba taruk dlm frame..best best.


Pastu malam tadi mimpi lagi. Ni semua gara2 youtube ni

semalam tengok youtube ni pasal mcm mana lahirkan anak normal. Oh begitu rupenya. Sori, blog tercemar dengan youtube ini. Abis tu, dah nama video beranak takkan nak tutop2 kanss..Terus malam tadi aku mimpi.

Aku mimpi bersalin normal pada usia kandungan 32 minggu pastu berat baby 3.8 kilo lebih. Mak aihhh semangat badannnnnnnnnn baru 8 bulan camtu sekali beratnya. Pastu dalam mimpi tu baby keluar2 air dari mulut dia macam dlm video ni ah. Sebab dah tengok video kan, so aku mcm rilek2 jela tgk baby keluar air dari mulut tu.

Pastu terus anak aku pandai borak2 dah ngan aku. Baru keluar dari perut siap pandai berjalan dah tapi bogel. Heyyyyyyyy motif bogel??mama dah belikan baju 15 pasang utk anakanda. Motif nak cekci2???hihi.

Yang lagi tak logik lepas tu aku ni dah la baru bersalin berjahit2 kan, bangun2 bawak anak aku tour 1 rumah mak aku kat kampung. Macam staf baru masuk ofis la, tour ofis dan kenalkan diri kat staf lain.

Bezanya, aku sebagai mak bawak anak aku jalan2 dalam rumah  mak aku pastu perkenalkan kat ahli keluarga, ni makcik bongsu dia, ni mak aku, ni ayah aku. Aadoiiiiiiiiii laaaaaaaaaa tak larat aku nak sengih sebab mcm kelaka gila kot...Merapu sangat2 aku ni. Lepas tu kaki aku pon cramp pastu terus aku terjaga dari tido..Hahahha. Merapu gile....

Dah la malam ni x nak mimpi2 dah. Baby girl behave ye. Malam ni papa balik awal, so baby takyah la tido awal dan bangun lewat malam sebab nak sambut papa balik. Hari2 kalau Edy balik lambat, aku pesan kat baby, baby tido dulu ye, papa ade keja malam ni, nanti papa balik, baby bangun ok..Pastu terus baby aku diaaam je dalam perut tak gerak2. Bila Edy balik, tak kira la pukul 12 ke, 1 ke, 2 pagi ke..rasa je Edy pegang2 perut nak cium dia, terus dia bangun dan gerak2. Heheh sangat indah la momen tu...Baby, tonite takyah tido awal eh, tido lambat sikit sbb papa balik awal!

Bosan ek sebab asyik cite pasal pregnant? Takpe koranggg kalau korang bosan, nnt korang ngandung aku nak balas dendam nak bosan balik kat korang kalau korang cite............ahahhahah

Ok. Nak sambung siapkan keja. Caiyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

3 comments:

Ezzan Yusop said...

tak bosan lah lisa. ni kira macam pengubat stress. sbb asal baca je gelak asal baca je gelak...

kalah majalah ujang uols. haha!

dd dudu said...

hahahaha terhibur kejap.

kelaka la ko ni *sepak kaki*


dah tekan play tuk load video beranak tu tp takut laa nak tgk. nak tgk ke x nak tgk ke x nak tgk ke x

pestisid said...

ezzan,
eh ezan penah tak baca majalah ujang ade 1 edisi dulu..dah gelak baca tajuk dia sebab tajuk dia 'lawak 1 bangsa'..kan biasa 'lawak antarabangsa' hakhak..eh x kelaka eh.
tq ezan sbb bace..slalu gak skodeng blog ezan tgk gamba tapi malu2 kucing nak bgtau hikk.

dd,
alaa tengok jela. tp mcm ganas je cara nurse..ke,doktor ek tarik kepala baby, macam nak tanggal je aku tgk kepala baby..adusss..