Thursday, March 3, 2011

Maxis.......

Pernah dapat sms notifyme tu tak kat maxis jembalang itu?
Maxis ni jahat tau, org x nak subscribe die pergi auto subscribe. Dah la we all pakai bil. Pastu kalau pergi oversea tak auto roaming plak tu. Aritu masa Edy outstation terkulat2 aku tak tau ape jadi kat laki aku sebab we all terputus hubungan akibat maxis hantu ni. Harusla risau, laki aku sorang tu je, ape jadi kat dia pon x tau.

Rupanya maxis tak auto roaming. Pastu memula dapat tau, kalau nak activate roaming kena byr RM300. Tak pandai tak pandai tak pandai betul maxis ni. Tapi nasib baik we all dah lama guna maxis. So, maybe dpt waive kot. Ish dah tau orang guna postpaid, bayar mahal bulan2 bagi la auto roaming. Prepaid beli 8 hengget 1 sim pon dpt free roaming, puaka tau ko ni maxis. Bil we all bulan2 pon 500. Tak kuasa betul lah.

Tetibe cita auto roaming kan. Sebenarnya nak cite pasal maxis sms notification tu. Kalau kita call orang, then orang tu off handphone, maxis hantar sms cakap yg phone org tu switch off. kadang2 banyak kali send pulak tu. Dulu memang la RM0.00. Now dah caj 1 sms 5 sen. Jahat nya kamuu jahatnya kamu, maxis. Untung atas angin atas servis yg orang tak nak. 1 sms dah 5sen. Kalau sehari 10 dia hantar dah berapa. Sebulan? free2 aku derma kat maxis yg dah kaya raya. So, marilah sama2 kita off servis tu kawan2. Jangan biarkan orang kaya bertambah kaya, org miskin semakin miskin sebab nak kena bayar kat org kaya. Jahat sangat dunia yang fana ini.


Nih cara dia:

Turn off maxis notifyme:
call *100*#
reply 5 for service
reply 2 for NotifyMe
reply 1 for turn off if is not off







baiklalh. setel.
Berkira2 utk tuka service provider la. Asyik kena tipu kat service provider je. Jahat laaaaaaaaaaaaaaaaa semua org!!

xoxo
-ibu mengandung yg emo
motip xoxo?

4 comments:

Syima Emi said...

bertukar kepada celcom ..hehehehe... sekrg ni x payah tukar no, tukar line jah.. cuba tengok ado beza x bil bule2..kalo x ok gak, tukar maxis balik...hihihi

pestisid said...

syima,
aku dulu 019 celcom la.byk gak hidden charge. pastu tuka ke maxis remain no sama..lebih kurg je servis. xtau nak ambik mane ah. tensen betul.

dd dudu said...

oo tq for the info. xpenah tau bahawasanya die cas tuk msj notify tu uwaaaa

note : klu aku sms lina, slalu dpt msj dr maxis kate inbox lina penuh. pu~~~

pestisid said...

dd, motip lina x clear inbox..sooo cute haha