Wednesday, October 12, 2011

Sentap

Nak ngamuk ke nak berleter eh? berleter jelah.
aku kan sekarang susu hidup segan mati tak mau kan, so terpaksa bawak turun stock frozen bagi Imani sebagai topup. Stok pon tak bape nak boleh dipanggil stok dah sbb dah tak sampai 10 botol yg tinggal.

Hangin okey aku, sebab aku dah tanda siap2 atas botol tu, HABISKAN DULU. Untuk botol susu stok frozen la, aku tanda camtu sebab susu tu tahan 24hours je kan lepas dicairkan. dan susu tu bertarikh 24 Julai 2011.
Ada satu hari tu Imani minum tak banyak mcm biasa, dia minum 4 botol je, aku bekalkan 6 kan. Pastu satu botol tu tinggal jela dlm peti taska pasal aku malas nak angkut balik umah nanti suhu asyik berubah2 je dalam perjalanan tu kan.

So, esoknya, aku bawak 4 botol jela sebab kan ada lagi 1 botol baki semalam. NASIB BAIK aku tanya cikgu harapan aku(ada la sorang ni, kire harapan aku la, tapi sekarnag dia jaga budak2 besar dah sob sob),, susu Imani yang baki tu tarikh bila? Dia jawab 24 JULAI! Aku pon dengan pantasnya! HAHHHHHHHHHHHHHHHHH????????????24 Julai tu kan dah lama, sepatutnya habiskan yang tu dulu. Bak sini la susu tu saya bawak balik, dah basi tuu. Nasib baik kan Allah gerakkan hati aku untuk tanya. Kalau taaaaaak, anak aku minum susu basi. Tu la, nasib baik aku ni banyak cekadak kan, semua nak tanya, semua nak pesan. Itu pon aku dah asyik pesan benda sama je, buat silap lagi. Tak tau cara apa dah aku nak pesan lagi. Tensen okey. Kalau laa aku tak tanya, mesti Imani dah minum susu basi aritu. Sedih aku. Ni kesilapan cikgu baru yang jaga baby. CIkgu harapan aku tu now dah tak jaga baby dah, dia jaga budak2 besar kat bawah. Susah okey nak percaya orang baru. Kenapa la bila aku dah letakkan kepercayaan kat cikgu feveret tu, dia dah pindah jaga bawah pulak. Tension aku.

Pastu semalam lepas exam dan cari2 buku kat maeps tuh, aku terus gi ambk Imani kul 2+. Dah habis 4 botol. Nasib baik aku pergi, kalau tak, dah lapar anak aku. Tu lah, aku bekalkan 4 dengan harapan ada backup 1 botol baki semalam, rupenye susu basi. CHOI OKEHHHH!


p/s; anyway Maria ngan Reen cakap aku dah lain. Memang pon beb, bukan korang je kata aku nampak lain, aku sendiri yang hari2 tengok muka aku kat cermin pon rasa aku dah lain sangat. Hilang dah diri aku yg lama tuh. Aku nampak muka aku muka yg suram+sakit+kertus+lesu dan semua benda2 buruk jek. Nyampahhhh OK. Rindu sangat kat aku yang dulu. Tak kisah ah tak pakai sluar skinny pon janji muka happy+ceria+gembira. Now sluar size 26 leh pakai skinny dah, siap slua tu nak terlondeh kat pinggang okey, tapi aku tak happy pon. Bukan tak tau bersyukur, tapi aku tak hepi pandang diri sendiri. Edy cakap,"TULANG..." T_T

2 comments:

Ciare Baha said...

Aku tetap jeles dengan ketulangan ko..camne ko jd gini ek? ko mmg berjaga malam x tido ek? kalo gitu aku pon xnak tido la..nk jd tulang gok..bleh geng dgn besan ;p

bini edy said...

ciare, takyah la jadi tulang wey..mudah reput hahahhaa..x best pon..dulu ade isi skit lagi best..x berjaga malam pon, imani bangun minum susu aku selak baju zzzzzzzzz tido gak balik..haha