Sunday, October 9, 2011

Vaksin Rotavirus untuk elak anak cirit birit, muntah2

Sejak 2 menjak ni aku tengok status facebook kawan2 kebanyakannya post gambar anak terdampar keletihan(eh over ayat aku) sebab cirit birit dan muntah2. Memang 3 or lebih gak lah kawan2 yang anak dorang kena cirit birit. Kesian baby kan, kite pun tak tau puncanya kenapa.

So aku nak suggest dan nasihatkan kawan2 untuk ambik optional vaccine, Rotavirus Vaccine. Yang ni bukan injection ye, tapi oral. Doctor akan bagi makan ubat tu. Vaccine ni akan masuk ke usus dan bakteria rotavirus tu akan melindungi usus anak anda. Lagi laa kena ambik kalau anak2 duduk nursery/taska. Kalau anak dah start makan pon, seeeloknya ambiklah bagi memastikan usus anak kita dilindungi.

Ikut buku immunization Imani ni, vaksin ni kena ambik antara 2-8 bulan. Last dose adalah before 8 months old ye kawan-kawan. Imani pun dah terlambat sebab we all memang ngaku, tak aware pasal kepentingan vaccine ni. We all pergi dahulukan pneumococcal pulak, padahal pneumococcal boleh je 2 bulan sampai 9 tahun dia punya time. Tapi since ini adalah oral, diminum, bukan dicucuk, so, boleh je kalau masa kena cucuk bulan2 tu ambik sekali dengan rotavirus vaccine nih. Cuma hazab sikit la nak membayor tak gitu? Aku ni hazab lah sebab bulan ni rotavirus+pneumococcal 2nd dose.

Ok, harga pulak. Kalau tempat aku ambik ni, poliklinik dekat rumah jek, dah tak kosser nak gi DEMC pasal nak kena ambik cuti lah, nak appointment lah, k tempat yang aku ambik ni Poliklinik Annur kat Equine ni lah, cost untuk rotavirus adalah RM125 per dose(masa aku tanya haritu) dan pneumococcal pulak RM245 per dose. Takpela uols, sayang duit ke sayang anak? Haaaaaaa..sendiri jawab dalam hati k. Kalau rasa2 takde duit pun pasrah je lah demi anak. Utamakan yang ni dulu k walaupun optional jek.

Ok ni hasil google aku ye.
Sila baca kalau sayang anak. kalau tak sayang takyah ah baca.

Ni pulak gambarajah usus kalau kena diarrhea









Ini pulak hasil google soal jawab dengan Doctor Faridah ye(aku tak kenal doc ni tapi selalu gak refer dia kat web nih)
Dr Faridah has degrees in Microbiology, Biochemistry and Human Physiology.Her passion is traditional Malay medicine and confinement, which she has been studying for more than 20 years. She is a lecturer and researcher at Universiti Sains Malaysia and is also engaged in training and contributing to seminars on confinement.
Dr Faridah is the proud mother of 4 daughters and 2 sons. She is currently writing a book, 'History of Medicine in Malaya-Who were the early Malay doctors?' and is already planning her next book too. She avoids loud music, traffic jams, sleeping late and lifts, but loves cooking, eating, reading, gardening and.good music. Ask her anything about Malay confinement.

Azni ctrahmah83[at]yahoo.com 13th Oct 2008
Dr, perlukah sy mengambil additional injeksion utk anak sy cthnya rotavirus vaksin dll dan boleh Dr terangkan keperluan optional/additional injeksion ini?
Azni, Rotavirus disebarkan menerusi makanan yang dicemari najis. Vaksin rotavirus adalah utk dimakan, bukan utk suntikan. Vaksin rotavirus mengandungi rotavirus yang hidup atau aktif. Vaksin rotavirus sesuai utk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun bagi mengelak masalah cirit-birit yang teruk yang boleh membawa maut. Kini terdapat 2 pembekal vaksin rotavirus dari luar negara iaitu Rotarix oleh GlaxoSmithKline di UK dan RotaTeq oleh Merck di USA. Kedua-dua vaksin rotavirus ini dikeluarkan sejak 2006. Rotatrix mengandungi hanya satu rotavirus (monovalent) manakala RotaTeq mengandungi 5 jenis rotavirus berlainan (5 serotypes). Vaksin Rotarix diberi 2 kali iaitu pada usia 2 dan 4 bulan. Vaksin RotaTeq diberi 3 kali iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Puan boleh baca maklumat tambahan ttg vaksin rotavirus dihttp://en.wikipedia.org/wiki/Rotavirus_Vaccine_Program danhttp://www.rotavirus.org/.
Faridah 

External sources: (semua hasil google image okey)

http://www.dynamicchiropractic.com/content/images/rotavirusgraph_1_1_3669.gif

Ok, bye!

1 comment:

Anonymous said...

http://drzubaidi.com/blog/?p=2594