Heheh..segan nye nak update blog..
sebab dah jadi mak orang..hihihihi...malu nyee malu nyeee... ;)
Nak dengar cite bersalin ke?
Biasa semua orang takut kena induce eh?
Oh hehe aku tgk post natal report tu, rupenye doc suruh aku pilih utk induce or tggu je baby lahir sbb dia letak aku under GDM(gestational diabetes melitus)..GDM tu diabetes during pregnancy..motip?
Aku check GDM tu awal, biasanya org lain lewat skit..
Aku request dgn doktor utk check awal dulu2 sbb kawan2 aku check.
Heeee heeeeeeee...terpengaruh gituh. Mana la aku tau kan. Hehe. Masa tu memang makan banyaaaak sangat.
Tp towards the end aku ok je takde pun kantoi2 gula ke ape walaupun langsung tak control makan minum.
Lagi satu sebab aku nak induce adalah aku takut baby besar.
Sebab baby masa week 38 dia dah 2.8++ dekat 2.9.
Biasanya dia akan membesar sebanyak 300gram lebih seminggu, lately la dekat2 bersalin.
Then aku bajet2, kalau tggu week 40 aku takut dia almost 3.5 aku tak larat nak teran..
Pastu nanti aku takleh nak bajet bila mak aku nak datang sini.
Begitulah alkisah kenapa aku nak induce.
Pelik eh orang request for induction? He heeee..
Kebanyakan orang cakap induce tu sakit sangat2.
Lebih kurang 9am aku kena induce masuk ikut bawah tu la.
Tapi..tapi tapi..
AKU TAK SAKIT..alhamdulillah.
Ada la rasa contraction. Start sikit2 reading kat machine tu, yang kaler ijau tu yg contraction, if tak silap la..Kale merah, denyutan jantung baby.
Rasa perut kerass sangat2 tapi sakit dia aku boleh kawal. Sampai bacaan 100+ pon aku rasa ok je lagi.
Dari 9 am tu umi dengan nenek aku and also Edy tunggu la kan.
Tapi tengah hari diorang dah boring. Mak and nenek aku siap gi rumah cousin jalan2.
Edy pegi urus hal keje, then siap shopping beli laptop opis lagi.
Tinggal aku sorang2 kat ward layan FB ngan update blog entry kat bawah ni la.
hehehe.
Then mak aku dtg balik lepas Zohor gitu, aku tak sakit gak lagi. Ok je.
Contraction reading tinggi dah padahal. Aku pon konfius.
Rasa belagak jap pun ada ( Tuhan marah, okey!).
Doktor datang, dia tgk aku okey je.
Mak aku n nenek pon pegi Klang rumah nenek sedara.
Elok2 mak aku pegi, nurse dtg ckp mintak turun labour room jap lagi.
Aku kata nak solat Asar dulu kejap. Lepas aku dgn Edy solat semua, nurse dtg bwk pegi labour room. Naik wilcha uols..Feeling2 sakit sgt hakhakks..Best best.Tapi masa ni tak sakit lagi la.
Eh, sakit la, tapi tak la sakit sangat. Biasa2 je mcm period pain.
Masa tu makanan dh sampai. Sebab aku tak sakit sangat so aku takde la bajet aku kena bersalin dah lepas tu. AKu pon tak makan. Tinggal je makanan tu, ingatkan leh naik balik nak makan, kan.
Turun2 je doc Mazita dtg kat labour room. Check bukaan masa tu 4cm.
Nurse drip pitosin kat tangan. Pastu masukkan ubat nak ber....
Masuk ubat tu terus aku nak buang segala isi dlm usus.
Then lepas doc buat VE tu, bukaan baru je 4cm. Doc pecahkan ketuban.
Panggg keluar semua air. Basah2 lencun gitu kain aku. Gitu rupenye pecah waterbag ek. Tak terkawal, main keluar je meleleh2. Masa tu lebih kurang 7.45 kot.
Pastu pitosin tu buatkan contraction kuat sesangat, dia force contraction and bukaan kot.
DOc ada tanya sebelum tu, nk epi ke, nak pain killer je. Aku cakap nak pain killer.
Doctor buat VE aku cakap sakit2..Memang la sakit pon sebab masa VE yang tu kan pecahkan ketuban sekali. Aku siap cakap dgn nada sedih2 lagi ,doc kalau saya tak tahan nanti doc bagi saya pain killer ye..Doc cakap okeyy..mestila ok kan hahah kan kena caj lebih..
Pukul 8 malam aku request for pain killer sebab sakit sangat2 mcm nak putus2 pinggang tu lah.. Masa tu tak silap aku doc attend another patient kot sbb lagi sorang induce gak, overdue. Tapi orang tu pun mcm baru bukak sikit je. Ke doc gi semayang. Ntah dia..
Nurse cakap, saya kena check bukaan dulu. Kalau dah bukak 7 ke atas, tak boleh dah bagi pain killer. Ok fine, sila la belek2 cek2 bawah saya tu kan. Die VE, baru 4cm gak nak ke 5cm. Lembab tul nak koyak. Stress haku. Dia kata, okey, boleh bagi pain killer.
Pain killer tu cucuk kat peha. Lepas cucuk je aku rasa mcm nak berak gila2. Request nak gi toilet. Nurse takmau bagi sbb dia tau, tu sakit contraction, bukan aku nak berak ke ape. Tapi aku insist gak. Kat tangan dengan drip wayar2 segala, bwk la g toilet. Masuk je toilet duduk2 je bukan nak berak pon. Cis betul. So betul la ni part of sakit contraction. Herm sabar jelah.
Pain killer tu buat aku ngantuk and khayal2 sket. Tapi kejap2 sedar balik. Stress betul, sbb baru je nak tido lupekan sakit, tetibe terbangun n rasa sakit. Benci betul. Tapi yang ni sakit betuuul. Aku tak kire dah, ade peluang je aku sedut je gas khayal tu.
Then nurse dtg check, bukak 7cm..Ok aku sakit lagi. Sesangat. Edy tengok aku mcm sedih je muka dia tapi aku sangat2 berterima kasih kat Edy sebab kalau dia takde di sisi, aku tak tau la aku boleh hadapi ke tak semua tu. Last nurse datang dah bukak 9cm. Then doctor masuk ajar push.
Aku khayal masa tu sebab best gile kot gas khayal tu. Tapi ade kadang2 tu aku sampai tak cukup nafas. Edy risau2 tanya nurse kenapa aku nafas mcm tu. Aku dengar semua yang diorang borak2 tapi aku khayal.
Doctor dah ready for delivery. Dia suruh aku push, aku push gak. Tapi tak pandai. Pendek2. Memang aku merapu2 je kot masa tu sebab antara sedar dengan tak. Edy cium2 dahi bagi kekuatan, sayang2 sayanggg pushhh..tapi aku mcm buat dekk je kdg2, lebih kepada duk mengeluh sakiiiiiiiiiiiit..nak beraaaaakkk. gitu la. Buruk pe'el aku kan huhu.
Pastu nurse cakap, haaaaa..berakk berakkkkkk..(sbb kalau cakap push, aku x reti, cakap berak, tau pulak hikhik). Aku dengar gak time aku push tu diorang kata, bagus bagus, pandai puan..pandai..push lagi..
Tapi tetap tak berjaya sebab aku sangat2 khayal. And suddenly baby mcm tendang2 dengan kuat ulu hati aku sampai aku tak boleh nak bernafas.
Aku sampai merayu2 tau nak oksigen lagi. Diorang takmau bagi dah. Sebab nnt dapat oksigen sedap la aku layan high. Bila masa nak push kan..Last push yang panjang tu, tetibe rasa ada sesuatu besar keluar dari perut and semua sakit hilang terus. Subhanallah. Ajaib sesangat mcm mana sakit yg teruk tu tiba2 hilang je. Doctor ambik baby, letak atas perut. Nampak panjang anak aku. Hehe 52cm rupenye. Kaki, jari2 smue panjang2 je. Tapi baby tak nanges. AKu dlm khayal2 tu risau sangat2. Duk pandang2 je.
Bila doctor cucuk wayar ape tah, dia pon nanges. Keluarkan air kot. Lega aku. Alhamdulillah semua selesai. Masa doctor jahit tu, aku tak rasa sakit sbb pain killer ade lagi kot and ada gas lagi kan. Tapi dengar je Edy and doctor borak2. Rasa gak sikit2 jarum and benang ke kiri, kanan semua. Hehe..Aku cakap kat doc, 'lama nye jahit..' Doctor jwb,' Nak jahit cantik ke, tak? heheheh..'
Ok lah, itulah kisah bersalin saya.
Ni pulak kekasih hati saya dan suami, Kamilia Imani..
Sayang anak mama..
Rindu pulak nak checkup tgk die gerak2 dalam perut n rindu gak nak jumpe doktor.
Papa cakap tunggu adik Imani gerak2 pulak. Heheh. Amboi Imani baru 6 hari la papa... ;P
Sedih kan kite nak berpisah dengan papa? Sedih sesangat. Nanti nak buat entry utk papa lah...
:)
Sapa2 baca blog ni doakan Imani sembuh dari jaundice ye...