Thursday, April 21, 2011

Hari ke 10.

Aluuu kawan2..
Aluu suami yg kat sana tu..missing u so muchhh..

Busy sikit la bergelar ibu ni. Bukak laptop untuk buat benda penting je, xde masa dah kot nak buat benda merapu2. Confinement is ok. Cuma, kadang2 aku geram tengok ais..air masak dalam peti pun terliur. Motip?

Imani dah recover from jaundice. Bagi dia breastfeed kerap2 and terpaksa bagi mandi air herba cina. Sepatutnya ikut risalah hospital, mandian herba, jemur kat sinaran matahari semua tu perlu DIELAKKAN.

Tapi aku buat jugak sebab ntah orang2 tua ni sibuk suruh buat. Ikut jela. Nanti tak buat dikata aku nak tunjuk pandai gitu. Sob sob. Kulit Imani pun dah merah2 balik. Tapi die belum tembam mcm dalam gambar masa mula2 keluar. Yang tu kembang air dalam badan tu. Baru keluar kan. Oh rindunya Imani tembam2 gitu bersama rambut lebatnya..

Si Botak:
Now Imani dah botak licin. Sedih sangat aku merelakan kepala anakanda dibotakkan. Ciare, ko nak lagi ke menantu botak? Sob sob..He heee now dah nampak bulu mata Imani panjang2 dan lentik. Ikut aku tuh. Yes yes ada gak mengekalkan trademark keturunan mama. Tapi jenis darah tak ikut aku la. Papa dia AB, aku O, Imani pulak B+. Pernah dengar tak orang cakap darah jenis B+ ni sensitif? Aku mcm penah dengar kawan aku mengadu kulit dia sensitif sebab dia darah jenis B+. Aku harap kawan aku merapu je. Tidak rela okey, mama..anak mama kulit sensitif.

BreastfeedL
Now Imani menyusu boleh tahan la. Dalam 2-3 oz setiap sejam setengah-2jam.Kadang2 sejam sekali. Tapi sedih sesangat sebab dia reject tetekss aku pasal susu banyak sangat kadang2 melimpah2 ke muka dia. Dia rimas pastu mula la merengek2. Dah la Imani ni manja. Takleh silap sikit terus keluar suara manja. Malam pertama kena tinggal kat papa(papa balik SK la, keja), dia meragam teringat papa kot. Mama pon kalau boleh nak meragam gak teringat kat papa tapi mama kan dah tua bangka, please behave ye mama. :p
Sedih sebenanye aku bila anak reject nak direct breastfeed. Last2 aku pam 2-3 botol simpan bagi dia. Bagi thru botol jela asalkan susu aku sendiri. Kalau boleh memang nak elak sangat susu formula, susu kambing, susu lembu segala sebab Imani ni anak aku, bukan anak tin susu, anak kambing or anak lembu hokeeyyy!!
Susu ibu adalah yang terbaik. Mama akan pastikan mama mengepam dengan kerap. (Pasni kalau YM dengan DD mesti dia stress sbb aku ngan Ciare asyik2 iklan nak pam susu.hikhik).

Confinement:
Confinement plak, erm ermmm hehehe sebenanye aku pantang makan, berbengkung je. Mengurut pun belum. Sebab, tukang urut tu athma, tunggu dia sihat, boleh? T_T... Ada gak la tuam2 tungku herba yang Edy belikan. Kaki aku pon sembab2, padahal lepas deliver Imani, terus kaki aku kecut2 dah tapi sebab aku banyak jalan, ke sana sini dlm rumah ni terus sembab balik. Hari ke 8 je dah pergi airport anta laki. Hari ke 6 aku balik kampung travel naik keta. Curlast tak aku? Dah la masa kat airport Edy kena tinggal flight, nak tunggu next flight aku lepak2 kedai makan dulu. Kalau aku cakap kat orang aku baru je lepas beranak konfem orang tak caya unless tunjuk 7 jahitan kat bawah ni hakhakkk.

Perut:
Masa memula bersalin kan, Ya Allah aku stress tengok banyak nyee isi lebih2 lembik2. Memang la dah kempis tapi perut ni mcm ade lebih2 lembik2. Tapi skang dah kecut skit, hikhik. Harap2 memang dah turun berat. Tak silap aku, aku turn dlm 6-7kilo je lepas bersalin tu. Skang ni berbengkung. Rasanya berbengkung ni agak banyak membantu. Last2 aku ambik set bersalin Puteri Rembulan sebab Edy yang pergi carikan. Akak kedai tu suggest yang tu sebab dia cakap tak panas, and die sendiri pakai, tapi buat masa sekarang guna tungku dengan gel je sapu kat perut sambil2 bengkung. Pil2 semua tak telan sebab Imani kan jaundice.Tunggu die okey betul2 baru nak telan. Papa sabar ye papa, memang dah banyak habis duit tapi kite kena tunggu anak sembuh dulu baru makan ye...

Jahitan:
Aku tak pasti bape jahitan aku kena. Aku lupe tanya doctor, aku tanya nurse. Dia cakap 7 kot. So aku bajet 7 la kot. Tapi aku tak rasa sakit pun jahitan tu. Rasanya dlm 3 hari je dah sembuh sebenanye tapi sebab berjaga2 so aku anggap x sembuh lagi. Yang aku perasan simpulan akhir jahitan tu ada lagi rasa kalau sentuh, belum sebati dengan isi kot. Tapi tak sakit, x rasa ape2 walaupun aku ni selamba je jalan2 kemas2 barang la, ke sana sini, skang dah pakai seluar. Kosser aku nak berkain batik. Aku bukan tak nak ikut pantang2, tak kuasa okey nak baring2 gitu sebab aku tak rasa sakit. Tapi orang bising2 sebab dorang kata kalau tak jaga kesan jangka panjangnya nanti erm ermmm.. Ala, aku tak baring je, yang lain2 mcm makan, aku jaga la..Heeee ape benda pon tak jadi dan tak siap la kalau memanjang je nak baring.

Okeylah aku nak kemas2 barang, jap lagi susukan Imani. Dah time dia dah. Okey uols, tata.

Dear suami, we miss u..please come back frequently..Cepat2 book ticket tau nanti rugi lewat sehari..
Papa, Imani dah 10 hari!


Bye uols..

4 comments:

Ciare Baha said...

ko x nangis ke noks masa edy balek sini? huhu. aku ingat lg betapa gila teruk aku nangis masa MK balek KL. aigooo

oh menantu mama botak ke? comelnya ;)) meh upload 1 gambo meh ;))

Aku darah B-. Agak sensitif jugak. Kena gigit nyamuk pon dekat 2-3mggu x ilang2. MUjur anak aku kulit xsensitip.

ah teringat cerita korea My Boyfriend is Type B. Hikhik. teringat zaman upm ~~~ ;;)

mE™ said...

congratz pn.Lisa..x snagke kan ko dah beranak dah pun..wuhuhuhu..
name Imani itu sungguh comel..

miss said...

aku B+.. xsensitif plk.. ;p

pestisid said...

ciare,
tak nangess sebab anta Edy dengan ayah aku. segan nok nak nanges..tp malam tu dah nanges2 hikhik..tp malangnye laki aku ngantuk gile kot nak layan aku..die penat sesangat T_T

mama ciare, malula nak upload pic Imani hehehe..

Aino,
Thanks aino..yeke nama Imani comel?Thanks..