Saturday, April 2, 2011

Soalan

Tetibe nak update lagi satu post.
Sila jawab kepada yang tahu.
Kenapa aku sentiasa sakit celah pangkal peha?
Bukan sakit sekejap2 tapi macam dah setiap masa, especially bila bangun dari duduk dan bangun dari tido.
Sebab baby dah engage ke bawah ke?
Kepala baby dah masuk laluan ke?

Soalan kedua, adakah normal dah hujung2 ni susah nak balikkan badan masa tido.
Sakiiiit sangat kot.
Biasanya dalam minggu ni kalau rasa dah tak selesa 1 position tidor, aku nak balikkan badan tapi tak boleh sebab sakit.
Aku terpaksa kejutkan Edy lepas tu dalam dia mamai2 tu aku cakap,
'tolong...tolong tolak badan..nak pusing badan..'
hik hik sampainye ati aku kejutkan suami semata2 nak mintak tolong tolakkan badan aku yg cuba nak ubah position sebab tak berjaya. ha ha ha.

Tadi tanya doktor kenapa baby saya suka tidur mengiring?
Nanti tak lekat2 ke kepala dia bila nak keluar sebab duduk senget camtu.
Doktor cakap most of babies memang duduk macam tu.
Dan kedudukan tu memang terbaik dan memudahkan baby keluar.
Baby aku macam ni, tulang belakang dia berada pada bahagian kanan badan aku.
Kepala bawah.
Kaki, tangan dia, menghala ke belah kiri.
Sebab tu tendangan dia belah kiri je.
Doktor cakap kalau baby tidur mengiring lagi senang keluar.
Kalau baby betul2 duduk tengah2, nanti susah sikit nak push pasal diameter yg nak keluar tu lebih besar.

Oh, begitu.
Lagi satu,
katakan masa tengah sakit tak hengat, doc or nurse offer epidural/pain killer/pitosin(ke amende ni ah..?)
perlu tak cakappp..okeyyy saya nak??

ok sekian terima kasih.
nak continue google2 ni pasal nak bersalin

2 comments:

efa fairuz said...

sakit celah kangkang tu normal.. apetah lagi bila dah hujung2 gini.. kalau jalan sikit pun dah terasa2 mcm bukaan bawah tu dah meregang..padahal berat baby tu yg menekan..

takpe, anggap je latihan untuk kasik bawah bukak..

nak pusing badan pun tak boleh, juga normal.. hahahaha

erm, kalau nak induce, mmg sakit.. then doktor nk suggest epidural, better ambik.. sebab sakit induce adalah seperti sakit macam nak beranak sangat2, padahal bukaan baru 3cm.. maka untuk menunggu sehingga bukaan 10cm, anda perlu menanggung hazab selama lebih 7 jam lg (mengikut kiraan 1cm sejam).. so better ambik epidural.. sbb epi hanya bertahan selama lebih kurang 8 jam.. so just nice la nnt nak beranak epi tu hilang..

tp kalau anda macho, takpayah epi..rasa dulu sakit tu mcmana.. kalau bukaan dah 6cm baru rasa sakit gila, dinasihatkan takpayah painkiller.. sebab dah tak lama dah nak beranak tu.. sebab kalau bukkaan dah 6cm, selalunya gesaan nak meneran tu dah rasa.. so tak perlu painkiller.. sakit nak meneran tu lebih best daripada sakit bukaan pintu rahim.. trust me..

anak 2 dah kann :D

bini edy said...

oh kak efa,
nasib baik kite bersekolah di sekolah yang sama dan berkenalan..ada gak org nak bg nasihat ye dok..

akak penah kene induce ke???baiklah, akan cube..hehehe..doakan la yeee..