Monday, April 25, 2011

Pantang ke?

Betul ke orang tua2 cakap kalau berpantang bersalin tak boleh minum air banyak2? Motip? Abis makan itu tak boleh, ini tak boleh, minum air pon tak boleh. Mana nak dapat tenaga? Anak menyusu sakan pulak tu. Doktor pesan minum air banyak2. So aku nak ikut doktor ke orang tua? Aritu aku bancuh milo 1 mug pastu datang sedara aku tegur cakap amboiiiiiiiiiiiiiiii banyaknye ko minum? 1 mug? Aku macam, eh heloooooooooooo 1 mug banyak ke??

Sesungguhnya aku baru mengerti perasaan ibu2 breastfeed. ya ampun, lapaaaaaaaaaar dan dahaga sangat. Bab lapar tu aku tak layan sangat sebab aku makan nasik sekali sehari je. Kadang2 kalau mak aku sediakan lauk banyak sgt untuk aku baru makan kerap sket sebab tak sampai hati nak membazir. Biasa aku layan biskut cream cracker je. Gemok la katakan. Hokhok.

So betul ke tidak berpantang x leh minum air banyak. Air suam tak boleh? Air masak tak boleh? Abis? Minum air liur je ke? T_T Anak aku kuat sangat menyusu. Kalau pakai botol 3oz setiap sejam. Kalau direct breastfeed pulak 15-20 minit sebelah. Setiap sejam ke 2 jam.

Betul ke tidak ni tak boleh minum air banyak? Suami suruh minum air banyak2. Aku patuh pada suami dan doktor je boleh? Abaikan jelah org tua. Boleh?

Sapa tau sila bagitau..bersama2 sebabnya sekali, boleh?

7 comments:

Madam Amie said...

situasi kita sama..kalau lisa nak tahu... sbb kita BF la kita kne minum air byk. akak minum 4 liter air kosong sehari pastu nasi akak makan 2 kali sehari... tuh belum lg air milo air horlicks air oren... abaikan apa org tua cakap... hahahha.. kejam x? pantang skrg x sama macam pantang dulu.. kalau ikutkan.. membaca pun x boley tau... tapi apapun bab2 air minum byk nih akak ikut nasihat doc.. ala.. selagi x memudaratkan kita jgn tolak..

pestisid said...

oh akak mekasih. nasib baik la ada gang berpantang. tu la kan, tp mak saya x ikut sgt pantang org tua2. nenek pun midwife HUSM, so kitorg mcm lbih ikut kepada cara doktor. tapi rimas sesangat org dtg umah kondem mcm2..tp nape ek dorg x bagi minum byk air? takut urat kembang ke? kalau kite haus takkan la nak biar je. kan nak menyusu baby..konfius betul..

dd dudu said...

sy sokong minum jekkkkkkkkkkk

gra said...

minum byk2..minum susu pon ok gak...pakai barut tak? kalo pakai barut traditional tu susah sket kan nak gi toilet..aku minum sikit2., tp kerap..so tak de la ashik nak gi toilet je..

Kakak Mun-e said...

Katenyee.. klu minum air banyak2 urat tuh mengembang....lembab...bila nak sembuh... ceittttt!

pestisid said...

uols semua i rasa i dah sembuh kot..lantaklah, minum je air masak banyak2..sebab air tu la susu banyak kan..air bukannye leh buat org gemok, lagipun air mane leh bertukar menjadi lemak dan memboroikan perut.

gra aku bengkung siang malam..perut lembik2 lepas bersalin aritu mcm dh kecut2 dah sket..

Anonymous said...

itu la die.. orang yang dalam berpantang aduii memang xbule bla.. sy sekarang dalam pantang. ingatkan pantang juz, pantang makan jew tapi sume benda alahai.. penink2..