Tuesday, November 20, 2012

Awesome..

Korang kalau boring2 jom tengok nih..

Awesome..acapella..semua buat manual..tak pakai instrument..
aku suke mamat ni..banyak lagi hasil keja dia kat Youtube Channel dia..






Wednesday, October 31, 2012

Parenting #1 10 Tanda Anak Anda Bijak

Walaupun copy+paste..tapi amat berguna. Jom baca dan berbanggalah dengan anak anda. :)

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius.  Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah  bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi  seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :- 

1. Mengekalkan Maklumat

  • Jika  kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’  apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu  menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda  kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan  diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar  anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
[Alhamdulillah so far duk perhati juga, Imani boleh kekalkan maklumat. Contoh teacher dia yg cakap, if teacher letak barang ke ape, sekali je bagitau dia, then Imani akan ingat and kalau dia nak guna benda tu dia pergi cari kat tempat teacher dia cakap. So far dia boleh differentiate bunyi2 haiwan, nama haiwan, cara haiwan cari mangsa..etc]


2. Minat yang meluas
  • Minda  anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik  di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula  angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah  seterusnya.
[Rasanya kebanyakan anak macam ni kot ye. Contoh paling mudah is rancangan TV. Macam Imani dia ada rancangan kegemaran yg dah jadi history la macam Draco, Hickory Dickory and a few kat Babytv. Now dah tak nak layan la semua tu. Ke arah kanak2 dah rancangan2 yang dia suka. Now minat sangat Bananas in Pyjamas(kalau dengan je lagu cite ni dia dah tercongok depan tv sambil sebut nanana), Upin Ipin(yang ni aku tak suke dia tengok huaaa), Shaun The Sheep, Timmy Time, Doc Mcstuffin(dia sebut dokter dokterr)]


3. Membaca dan Menulis di awal usia
  • Anak  anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan  menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.
[Ish ini konfem tak lagi laa haha]

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.
[Aku memang minat nak anta dia kelas muzik tp ongkosnya mana? Dah besar skit bagi belajar piano ke ape boleh la kan nak asah kreativiti dia mencipta melodi. erk tapi mahal kan uols? Mampu ke?]

5. Menunjukkan Konsentrasi
  • Kanak-kanak  biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh  panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan  konsentrasinya terhadap sesuatu.
[Ini diakui dia boleh concentrate on sesuatu. Contohnye dia suka sangat buku..kalau bagi mainan ada certain dia minat, ada yang dia x minat..kalau bagi buku biasanya boleh la duduk depan buku or buat2 conteng2 dalam 30minit..so boleh la aku lesap pegi setel basuh kain baju, masak ke masa ni]


6. Mempunyai ingatan yang baik
  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.


7. Susun kata yang maju berbanding usia
  • Kanak-kanak  yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya  menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan  cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya  anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya  anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka  membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?
[Huwaaaa ayat imani yang paling panjang so far is: Mama, papa, cepat nyikitttt..(cepat sikit)..sebab kitorang lembab sangat bersiap nak balik kampung..uhuk]


8. Memberi perhatian yang terperinci
  • Kanak-kanak  yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di  sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di  tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu  berubah kedudukan dan sebagainya.
[ade la a few..yang lucu tu kalau aku mintak dia carikan remote, dia akan pegi celah2 sofa sebab biasanya remote akan terlekat celah sofa..haha..alat mainan dia pun kalau aku cakap please clean and tidy up dia akan simpan balik lego2 or brg2 tu dalam bekas dia..]


9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
  • Kanak-kanak  di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya  mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya  kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa  yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah  dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit
  • Kanak-kanak  yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit,  melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

Best kan journey of parenting ni..aku sebenarnya tak sangka aku mampu menjadi seorang ibu. Biarlah pada pandangan orang lain aku tak perfect, sekurang2nya mak, ayah, family, and most important suami bangga dengan pencapaian aku. Kalau tak bangga suami i tak minat anak no 2 k..cuma aku je belum ready..tunggu la setahun dua lagi...hehe..ok bye

Monday, October 15, 2012

Kenali Autisme

Jadi parent ni banyak benda kena belajar. Aku adalah ibu baru. Jadi banyak benda nak belajar lagi.

Hari tu aku baca gosip kat forum. Thread Rita Rudaini. Pastu ada orang paste gambar anak dia susun kasut dia cantiiik sangat. Then ade forummer cakap risau plak dia takut anak RR tu ada tanda autisme. Aku dah la tak tau ape benda tanda autisme so rasa macam pelik la takkan susun barang cantik2 pon kire autisme kan. So aku pon harus study nih..And ape2 pun kita minta dijauhkan la anak RR tu tanda autisme kan..Hope Rayyan yang hensem tu ok2 je, sekadar main2 je.

Mintak dijauhkan penyakit ni atau apa jua penyakit lain kena kat anak aku, anak kawan2 dan anak sapa jelah.

Then ada forummer paste ni. So jom sharing:

Semoga anakku dijauhkan dengan penyakit2 ini..Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekadar berkongsi dengan rakan2 untuk tujuan pembelajaran dan pengetahuan, k.

Friday, October 12, 2012

Masa untuk anak.

Ok aku kerja kerajaan. Masuk pukul 8.30 balik 5.30.
Hari2 aku pulun buat kerja sampai siap sambil2 buat mcm2 lagi yakni instagram, twitter, fb, kehkeh.
Gile ke ape nak ngadap segala jenis kerja ni tanpa iklan2 tu semua. Boleh menopos aku tau...Dah la bos aku cerewet...Aaaaaaa sumpah stress..

So setiap hari aku akan make sure dekat pukul 4 tu aku dah siapkan kerja. Kalau tak sempat siap aku dahulukan mana yang nak kena submit dulu la. Then yang sisa2 tu simpan dalam email briefcase, bukak kat rumah bila Imani dah tido. Tapi most of the time aku tunggu punya tunggu punya tunggu Imani tak mau tido gak sampai la 2 pagi. Nanges.

Anak aku ni nak perhatian. Yela sempat main ngan mama pon bermula pukul 6.30 ke atas. So bila ada dengan aku dia selalu buat perangai, macam2 peel. Laki aku plak tugas dia adalah, pagi2 hantar anak. Sebab Imani bangun lewat. So aku memang tak sampai hati kejutkan dia lagipon dia tidur lewat kan. Kalau dia tidur awal sikit dia bangun la 9am..tapi tu pon aku dah takde kat rumah.

Edy kerja sendiri. Kerja dia flexible tapi dia buat macam2 sebab nak jaga periuk nasi, nak secure pendapatan untuk beberapa bulan selagi ada projek. Projek pulak bukanla boleh terus dapat payment. Kena siap dulu laa baru dapat. So waktu tidur dia pun tak menentu. Malam pun jumpe programmer, jumpe client, macam2 la. Pernah balik bila dah subuh. Selalu balik dah pukul 2,3 pagi. Kadang aku nak jumpe laki sendiri borak2 pun memang tak dapat la masa yang banyak sangat. Imani lagi lah, seboleh2 kalau we all sama2 ada dua2 kat rumah, dia akan buat perangai sangat2. Sebab dia suke bila mama and papa ada kat rumah at the same time. Dia macam faham laaa situation tu.

Kadang aku geram sangat bila dia buat hal, tapi istighfar banyak2 sebab dia nak masa dengan kitorang sebenanye. So kalau weekend kitorang tak selalu sangat keluar jalan2. Banyak habiskan masa kat rumah main dengan dia. Sebab kalau keluar jalan2 Imani akan tido je dalam kereta. Haha.

Kesimpulannya Imani ni malam sebelum tido masa dia dengan aku. Pagi bangun tido kejap dengan papa. Lepas balik dari babysitter tengok nasib la papa ada kat rumah ke tak. Kalau ada, dia nak basuh poo2, nak mandi semua dengan papa.

Kitorang bukanlah mengejar duniawi dan kebendaan sehingga tak ada masa untuk anak. Tapi nak buat macam mana. Kalau tak kerja dan tak komited dengan kerja, nak makan pasir ke?? Entahla aku tak tau macam mana nak buat supaya masa dapat dimaksimumkan dengan anak. Sebab tu la aku gigih tau setiap hari lunch hour aku pergi jumpe Imani kat babysitter. Biar la aku kurus kering tak sempat makan pon. Janji aku curi sikit masa untuk anak. As for Edy plak, dia akan layan ape kehendak Imani kat rumah kalau Imani buat hal. Bab tahap kesabaran dengan anak, Edy punya tahap kesabaran lagi tinggi dari aku. Aku cepat stress sebab aku tak tahan penat(baru merasa kurus kering kot so mcm banyaknyee hilang tenaga). lepas tu aku akan menyesal sebab marahkan anak yang sedang cuba dapatkan perhatian dari aku je sebenarnya. So now aku dah boleh tahan sabar dah sikit.

Aku ni jenis macam ni. Biar aku marah anak aku. Aku marah tak pe. Edy marah, or orang lain marah, aku akan marah n naik angin ngan orang tu balik. Or aku sentap. Keh keh. Entah ape punye perangai. So aku sorang jela bleh marah anak kaedahnyeee...Tapi now aku dah tak marah2 dah la..kesian sangat Imani kalau aku jerit2 gi marah dia. Aku selalunye marah kalau aku tak sihat or over stress dengan rumah bersepah tak hingat, pinggan mangkuk tak sempat basuh and susun, lauk tak sempat nak siang, tak sempat iron baju, tak sempat kemas pakaian anak. Memang aku stress la bila laki aku plak takde kat rumah which means aku kena buat sendiri jee semua benda tu pastu Imani plak tak boleh berenggang dengan aku. Paham tak paham taaaaaaaak kenapa aku stress?

So, papa Imani. Mama nak bagitau ni, mama memang betul2 tak ready for second baby. Kita besarkan je dulu Imani ni bagi dia boleh berfikir, boleh tolong tengokkan adik. Nanti dah sampai masa mama bagitau.
NAK BUAT IUCD PLEASE............APPROVE LAAAAAAAAAAAA.........PLEASE....Doctor Mazita I need your help..


Thursday, October 11, 2012

Blog anak

Ok la. Aku sebenarnya maintain beberapa blog (maintain lah sangat padahal berhabuk gila).
Most of the time aku memang update blog aku ni pasal Imani je. So aku nak park kat blog dia jela semua pasal dia. Lagipon blog aku ni bahasa aku haramjadah skit. Kat blog Imani aku harap aku sopan. Heww fuuuuh..

Menyesal ok, dah lama blog Imani tu wujud. Papa dia yang buat tapi aku yang selalu update(selalu ke). Tapi aku lupa password. So camne nih?? Stress la pulak.

Aku menyesal sebab aku ni bukan kuat ingatan sangat pon. Kuat makan asam. Padan muka. Yela, aku kahwin tahun 2009 ke 2010 aku lupa. Kadang2 aku ingat aku kawin 2011. Eh memang 2011 la aku kawin sebenanye. hahaha. Haaaaaa salah salah!! 2011 tu aku dah lahirkan Imani. AKU KAWIN 17 APRIL 2010 , okey!!! Motif lupa tahun? Pastu nak kire anniversary pon gigih tolak2. Ape masalah aku tah..Kadang2 aku konpius umur aku 27 ke 26..parah sungguh!!! Tapi umur laki aku, aku ingat plak.. Beliau 29, nak masuk 30 dah. Haha 3 series.

Pasal Imani pon aku banyak dah lupa2. Aku lupa dah pulak dia start merangkak bila, start bangun berdiri bila, start jalan ada tarikh sebab aku update facebook. Tengok, tengok!! Banyak benda aku lupa. Rugi sangat! Ni anak baru sorang.

So lepas ni aku tekad untuk rajin update blog perkembangan dia.

Ini hah blog dia.

kamilia-imani.blogspot.com

Sapa nak baca gi baca. Sapa tak nak tak payah. Baik baca Quran dapat pahala.

Ok bye.

Petang karang la aku update kot. Aku nak gi umah teacher dia ni nak gi main2 ngan Imani dan kawan2. Ye yea aku masih gigih pergi hari2..Biar la minyak kereta aku. Yang tak suke tu ape masalah korang?



Wednesday, October 10, 2012

Mengantuk la

Pagi ni mengantuk sangat. ok tu je. Bye. I'm sorry!

Monday, October 1, 2012

Situasi yang tidak memihak kepada aku

Ok fine! Ada 2 tempat yang aku paling benci bila ini terjadi.
Situasi yang langsung tak memihak kepada aku, malah orang akan ingat itu angkara aku.



Amacam? Saspen tak?

Situasi 1: Dalam Lif.
Aku dari level G nak ke level 3. Masa aku masuk berdua dengan orang lain.
Kebetulan orang tu kentut atau orang tu badan dia bau busuk(yang badan busuk ni selalu kena masa kat company XXX dulu, bau yenna tengik gila keti dia).
Tiba di level 1 dia keluar lif. Bau kentut or bau badan dia masih kuat likat melekat dalam lif tadi.
Tinggal aku seorang di dalam lif di level 1.
Sampai di level 2 ada orang lain masuk.
OMG! Apakah salah aku apabila orang itu pandang slack je kat aku.
Kentut dan bau badan itu bukan saya yang punye.
Bab bau badan ok la sebab biasanya aku selaku hantu perfume akan make sure perfume melekat kat badan aku..so orang will not assume tu bau badan aku.
Tapi bau kentut??? Di manakah keadilan untukku??

Penyelesaian: Aku tutup idung supaya orang tu tau bau tu dari level bawah tadi. Tapi kadang-kadang ade kes orang tu pulak kecik ati sebab dia ingat aku anggap dia pulak yang busuk sebab aku berdua je dengan dia dalam lif tu pon.

Damn..



Situasi 2: Toilet.
Aku masuk shi-shi..
Orang lain tengah verak..Busuk gila.
Lepas tu dia dah siap verak. Keluar.
Dia dah tak wujud dalam toilet tu.
Bau masih melekat busuk teramat.
Masuk orang lain, berada di pintu toilet.
Aku siap shi-shi..nak keluar toilet.
DAMNNNNN. Orang tu ingat aku yang verak busuk yang tak boleh blah tu..

Benci tauuu!!!


Solution: kalau aku kenal orang latest yg masuk yang ingat aku yg berak tu aku bagitau jelah dia BUKAN AKU YANG BERAK, OKEY!!!

kalau aku tak kenal, aku terpaksa lah blah je dalam redhoooo...


Uols penah kena???




Friday, September 28, 2012

Kesian..

Tolonglah tengok video ni..kesian beliau..haha




Malu seumur hidup!

Thursday, September 27, 2012

Adik..

Ok aku rajin update blog. SEBAB....

Aku dah takde kerja urgent kat office. Semua task penting aku dah siapkan. Tunggu next week je nak meeting project. So far aku nak rest sikit arini. Bukanla tak buat kerja langsung tapi buat la..Sikit-sikit sebab dateline lambat lagi haha.

Baru je siapkan 1 dokumen kontrak untuk Penasihat Undang-Undang kementerian semak. Tapi now benda tu ada dengan bos aku. So aku tunggu jela dia review dan mencerca kerja aku dulu(melampau eh mencerca? komen laa), then pastu aku sibuk balik. Tebal gak la dokumen tu ada 76 para/perkara dan 76 pages. Letih la nak review dokumen kontrak ayat lawyer ni. In English pulak tu. Oh tapi kalau dokumen tu dalam BM lagi la tak faham ape sebab lagi pelik bunyi dia.

Tajuk entry ni adik?
Adik?

Adik Imani!!!!!!!!!!!!









Yay!!!

Eh tak payah excited ok sebab TAK ADA! Memang aku tak ada plan nak tambah lagi. Langsung tiada plan. Plan memang ada, tapi plan lain yakni pergi pasang IUCD. Tapi belum buat sebab belum bincang elok2 dengan laki aku. Kalau ikut dia, anytime je ready nak tambah lagi tapi aku personally tak nak. Bukan la tak nak langsung, kalau dah rezeki Allah memang accept tapi belum bercadang nak ada dalam masa terdekat.

So ape kaedah korang guna? Manual? Haha tak silap aku dulu masa belajar Biologi form 5 ada satu kaedah.."kaedah keazaman yang tinggi." kelakar okey. Ni ayat dalam buku, tau. Kaedahnye, lelaki perlu tarik keluar cepat2 sebelum errkkkkkkk..malas nak sambung ala2 kelucahan pula. Banyak je cara. Ni salah satu yang aku ingat la sebab nak tergelak okey ayat camni ada dalam buku.

Aku  nak IUCD kan diri. Tapi dulu Edy tak bagi. Aku nak jugak nak jugak nak jugak. Tapi entahlah aku kena balik slow talk ngan dia. Saja je ni tulis dalam blog kot dia baca so takde lah aku perlu explain sangat.

Now aku agak rely on menstrual apps. Situ ada la record period cycle. Sejak guna android ni aku guna yang nama dia My Calendar. Kalau dulu aku guna yang kat Blackberry tu, yang tu tak silap nama dia Period calculator ke Menstrual Apps gak ke ape tah lupa lah. BB aku tu selamat duk ada dalam lemari sebab Imani dah jahanamkan.

Eh before tu sorry ye kalau entry agak kelucahan atau sulit. Kata dah dewasa so baca jelah. Kan? Jangan pikir bukan2 la saja nak share pada yang pernah bertanya..

Ok nih menstrual tracker aku:
Banner atau tajuk beliau. He He. Go and search kat google play.

Ha siap ada kalendar dengan mood sekali.. Kui..Ni contoh dia bagi la..Bukan aku punya la..
Pastu ada simptom lah ape lah..so kalau rajin add la sendiri like sakit pinggang ke, mood swing ke, happy ke angry ke ape..whatever..
Yang biru putih tu maksud dia ambik pil.
Yang ada love tu maksudnya pada 1/02/2012 ko telah ehem2,..intercourse ye..
Yang ring pink tu ovulation.
Yang pink penuh tu fertile.




Ha ni lah aku cakap..


Ni nanti dia akan mintak la kita masukkan latest period bila..Pastu nanti kita masukkan la bila habis period. Nanti dia akan calculate avg cycle berapa hari, duration tu based on end date la. Macam aku ni lama kan, duration je 13 hari, average cycle aku 33 days. So kalau orang yang jenis period cycle pelik2 macam aku ni memang susah bangat nak kire2 macam orang biasa, nak bajet2 ko lambat datang peod sebab preggy ke ape.

So dengan adanya apps ni dia akan bagi reminder bile tarikh next peod korang datang. Aku aritu lewat 2 ari jek..He he so selamat!

Ni la contoh if korang ada fill up kan ape yg dia tanya tu..Kelaka ok ada icon taik kat situ..ni mesti simptom verak2 nih hahaha.Kat sini ada entry utk intercourse sekali tapi boleh disable kalau malu hahaha. Kot la korang ni manjang jeeekkk ehem2 sampai berderet intercourse sumpah malu okey.Pastu dia tanya with condom ke no. Kalau yes condom tu senyum. Motip? eh perlu ke aku cite detail gini haha. Takpe2 korang dah dewasa..Pastu dia tanya kan ade amek pill ke tak so isi ah. Tak sure la plak kalau tulis amek pill ada effect pape tak. 

Haa kat sini ah main menu dia..Tu nampak dia tulis 2 days to go..Hehe..Dah bagitau next period bila, next fertile...ada ovulation date semua. 


So far ini sahaja yang membantu. Sebab aku check calendar tu la bila ovulation, next fertile semua. Harap la tak terbabas. Tak ambik pill pun sebab still breastfeeding and takut gemuk haha motif? Tapi aku amat positif ke arah IUCD. Suamiku, izinkanlahhh..


Eh tapi IUCD tu boleh konfem bape percent tak berjaya tembus? Mohon pencerahan!!

Ok bye.



Home

Home. Yes. Home. Our home lah.

Ok, fine..dah banyak kali mencari dan hampir memiliki, akhirnya tidak memiliki..
Ada yang dah siap prepare S&P, dah bayar lawyer and booking kat tuan rumah. In the end aku sendiri buat hal tak nak rumah tu. (Tau, Edy bengang gila kot tapi tahankan aje, sebab yang hancus tu duit dia. Maafkan isterimu)..Murah sangat masa tu orang tu nak jual, kira nak jual Desaminium jugak la, area aku tengah rent sekarang ni. RM153,000. Murah kan? Beza 2x ganda ngan rumah korang. And masa tu plan nak loan atas nama aku sorang sebab payment bulan2 tak mahal kan. And aku memang insist nak ada rumah sendiri jugak tanpa kongsi loan(motif?). Lepas tu aku jugak la nanti yang bebel gaji aku tinggal sikit la ape. Well, PEREMPUAN.

Rumah tu ada 5 rooms with 3 bathroom. Ala bathroom memang banyak tapi kecik jelah. One of the reason aku tolak adalah rumah tu type tak sama dengan yang aku sewa sekarang. Yang now ada extended kitchen. Yang kitorang hampir beli tu takde extended kitchen. Kecik je. Aku dah terbiasa duk rumah tu dengan dapur panjang ke belakang. So dalam kepala memang dah planning dah if beli, dapur tu aku akan buat kitchen cabinet cantik2, situ tempat masak, basuh pinggan, keringkan pinggan and laundry. Ada rumah sendiri ape pon boleh kan. And dapur basah tu akan letak fridge, meja makan and buat tiles cantik2 sampai ke atas, curlast kau verangan kan..tema adalah merah putih atau all whites, atau black and white. Tapi rumah nak beli tu dapur pendek la pulak. Bagi seorang perempuan, nak beli rumah, dapur memang satu benda yang amat perlu diconsider. Tak kisah lah perempuan itu kategori rajin masak ke tidak. Aku kategori TIDAK hahaha.

Atas sebab-sebab itu dan beberapa yang lain,  finally aku pun cancel. Semua tu burn. Nasib baik baru ribu belum belas dan puluh ribu. Kalau tak entah macam mana nasib aku kan. Harus kena bebel sepanjang hayat hahhaa. Exaggerate. Kebetulan tuan rumah tu pun tak jadi jual sebab dia cakap sayang. Maybe dia letak harga rendah sangat kot bila dia survey market price, owh sepatutnya saya perlu jual lebih mahal. Janji dia pon dah dapat duit aku book. Cuci tangan la kan..suke lettew.

Rumah siapa ni aku tak tau, aku google je. Sebenanye aku aim jugak rumah sebijik2 ni kat Kota Perdana. Ya rabbi kalau ko tengok rumah ni memang tahap PPRT je, low cost tapi sebijik2 la..Menyesal kemudian tidak berguna sangat sebab awal2 aku duduk sini rumah ni amat murah. (ye ye je yakin amat murah). 
Tapi now harga dia 500K ke atas. Mampus..Rumah ni nak jual 470K. OK dah kot rege dengan tanah yang luas tapi aku bukan nak masuk gitu je nak reno2 la jugak sebab bukan rumah virgin kan (ada ke rumah virgin rumah xde dara? haha). Harus la aku nak transform kan beliau kepada rumah yang banyak bilik sikit ke ape sebab yang ini 3 bilik jek.So perlu gak menilai, kalau rumah je dah rege 470k pastu celah mana kau nak cari lagi nak reno lah nak tambah bilik lah..harusla tak mampooo.mampooosss ada lah.
Itu la , selera nak tinggi je tapi tak mampooo. Tapi sebab aku dah ukur baju kat badan sendiri la aku tak beli2 lagi ni..Tengah cari yang sesuai dan mampu sampai dapat..

Ni haa rumah dia lagi..camni jek..low cost kan..RM477K.. t
Sebab aku maybe ada plan beli rumah dan reno cantik2 sampai puas hati sebab tu la aku tak kisah sangat rumah bekas orang ke ape. Lelong pon takpe. Tengok tu ha dah la rumah ko sebijik2 siap tanah banyak lagi tu nak tambah kitchen sampai 5 ke, bilik sampai 7 ke haha. aku penah pusing2 area sini la n penah tgk ada yang renovate sampai wahhhh! Tapi area ni xde la area yg luxury ke ape. Nampak miskin jek.hahah. Tak kisah ah janji selesa. In terms of security plak konfem kene invest on CCTV skit, autogate, camtu lah..
Actually rumah2 ni adalah rumah anugerah ke ape. Wah ada kan rumah anugerah..Macam untuk pesara Pejabat Hutan ke ape ke camtu lah. Harga dulu dorang kena bayar murah sangat dalam 20-30K ke camtu lah(ni info dari akak yang duduk belah lagi satu kat depan jusco tu, bapak dia dulu dapat la. now rumah akak tu  daboom dan selesa sekali  lepas renovate semua,aku gi umah dia mengurut aritu. Mak dia urut orang.)Kak mas kawan Yaya Pijo hehe. 

--------------------

Kini aku masih mencari..tapi aku memang nak duduk Equine ni je lepas consider pelbagai sebab.

1. Education anak.
Aku dah check area sini ada Enopi, Little Caliph, CIC, Smart Reader Kids, Genius Aulad(Kinrara ke PUJ eh lupa plak).. So mana2 satu pun xpe. Since now anak aku belum lagi betul2 seimbang dunia akhirat(bad momma tapi hakikat, tak salah pun kalau mengaku). Setakat aku baru ajar dia kalau nak makan baca doa dulu(tapi dia belum ikut), salam dengan orang, ajak solat sama, kenalkan dengan alif ba ta dan video nasyid voice of ummi. Tapi disebabkan hidup kat dunia yang penuh dugaan ni aku rasa perlu terapkan dari segi education. Nak cari yang seimbang dunia akhirat. Dulu nak hantar dia sekolah cina supaya boleh congcengcongceng tapi kerisauan plak aku. Takpela bab language kite fikir kemudian mungkin boleh panggil trainer ajak kat rumah ke (banyak ke duit ko??)


2. Office
Office aku dekat sini je, 7 minit dari current home, Edy pun dah sewa office kat Putra Walk, 5 minit je dari rumah. So lepas ni dua2 insyaAllah dekat dengan anak. Senang. Tapi anak baru usia 1 tahun lebih aku dah fikir macam mana nak ambik dia dari sekolah nanti. Haha.

Tuuu ofis aku tepi jalan Putra Permai jek..ni aku google je gambar.

Motif tetibe tepek gambar makmal hidraulik opis aku? hahaha.


Putra Walk. Ha kan senang sini pon dah banyak shoplot, ada MyMydin kat sini, ada Klinik Mediclass, Ada kedai baby, ada a few restoran, ade kedai Hardware. So ape2 hal aku kirim laki aku jek. Kosser nak gi beli dukung2 anak. Tapi kat sini la aritu dalam berita ada tangkapan pusat urut dan tuuut..berselindung di sebalik refleksiologi ke ape. Awazz!



3.Easy acces
Senang nak pergi KL sebab ada MEX. MEX pun dah nak buat new exit dari SK, sebelah ofis aku je. Nak g LCCT/KLIA boleh lalu jalan dalam dengkil tu. Nak gi Subang, guna LDP sebelah je. Nak gi gombak je jauh..dah tu gombak nun ujung selangor nak masuk genting. Takpela aku bukan selalu gi Gombak so why bother? Shopping complex pun ada. Nak hebat sikit pergi la Sunway Pyramid. Aku memang malas masuk KL so dont bother lah kan. Setakat nak gi cari barang kat Alamanda, JJ pun dekat rumah je. so??? Takde masalah. Pasar borong dekat je(ceaa macam rajin masak..)..IOI mall pon dah banyak butik dah, dan siap renovate so dah makin memanjang je..

4. Kedai
Kedai makan tak banyak sangat tapi ada satu kedai tu murah. Dekat dengan rumah ni gak la, nama kedai Restoran Juriah haha ini penting sebab aku memang ada masalah untuk masak. Actually bukanlah aku ni malas sangat tapi sebab tak boleh handle anak, Imani tu memang jenis nak perhatian 100% bila aku balik. Dia nak aku duk sebelah dia je layan tv dia tu la. So aku memang tak boleh buat ape melainkan lipat kain sebab duk depan tv je. Lepas dia dah tido baru aku boleh kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan mangkuk,dan macam2 lagi. Dah lah tido pukul 2 pagi!!

Then kedai2 lain senang je nak dapat. Dekat je dari rumah janji ada kereta!

5. Hospital dan klinik.
Hospital kerajaan terdekat adalah Hospital Serdang (takmau pegi dah sebab geram kes Imani kena kuning amek darah dulu. Nyampah sangat), then Hospital Putrajaya.

Hospital swasta terdekat:
Columbia Asia , Balakong
Azzahra, Annur, Bangi
Then hospital2 area Subang.
Tapi ape2 pun aku prefer DEMC Shah Alam sebab dah biasa.

Ada klinik pakar kanak-kanak juga. Chinese yang punya. Sekali masuk caj pakar RM60 kot then lain2 tu caj ubat, rawatan jelah. Ok la tu.

Tapi aku selalu pegi Poliklinik Annur sebab doktor tu baik ngan aku walaupun Imani tak suka dia.


Lepas tu aku dah malas dah nak taip. haha to be continued kalau rajin.

Bye!

Wednesday, September 26, 2012

Ngigau

Oh aku baru je baca blog archive aku ni. Pernah cerita dua beranak dalam rumah aku tu kadang2 suka mengigau. Hihi latest malam tadi Imani mengigau..


LIONNN!!!
GRRRR..Grrrrr..

Aigerrrrr!!
Grrrrrrr..grrrrr (siap tangan cakar2).


Haha motif sesi belajar bercakap terbawa-bawa ke dalam mimpi? Sengih jelah aku sebab memang betul la dia tengah belajar cakap kan.


Ok now aku tengah seksa derita sangat sebab Imani TAK MAU:


  1. Duduk dalam high chair
  2. Duduk dalam car seat
  3. Duduk dalam stroller.
Pendek kata semua barang dibeli dan dicipta untuk infant memang dia tak nak. Feeling2 dewasa sangat! Ade ke patut pegi kedai makan nak duduk ala2 lepak2 atas kerusi kedai makan tu? Takmau layan high chair! Lepas tu bangun berdiri. Lepas tu tadaaaaaaaaa...nak terjun..

Nangis mama..


Aku rasa aku ni terlebih makan obimin pluz dengan neurogain. Ceh dan-dan salahkan ubat. Sebabnya, anak aku super active. Dia tido pukul 2 pagi, (no wonder la bangun pukul 11). Then tengah hari memang tak nak tido. Balik rumah lari sana-sini, sepah rumah sana-sini. Kumbah baju dalam lemari dia (aku le tu kena kemas balik. menangis lagi..)dan tak akan pernah berhenti membuas sampai lah aku paksa jugak tidur pukul 2 ke, 2.30 pagi..sedih ok!

----------------

Car seat.
Benda alah car seat ni punye la dulu aku beriya survey siap beli yg Kiddy Infinity Pro tu, memang hayyyybat sangat (mata ke atas) features nye. (Ceh aku terpengaruh dengan video promo masa SA tu promote). Dah la mahal, ratus2 lebih la dari 500 (duit aku okey sebab papa mana nak approve mahal2 camtu untuk angkut dia ke taska je). Sebab tu la aku rasa macam aaaaahhh membazir sangat! Last2 tak mau duduk. Duduk pun kejap je ala2 saja je nak nyakitkan ati aku. Baru gerak sampai guard house dah meronta2 nak turun T_T.

So now memang tak duduk dalam car seat dah. Duduk jela sebelah driver. Tapi cabaran nye pasti la dia melompat ke tempat driver. Siap rampas stereng nak tutup enjin kete bagai. So solution kena berhenti tepi jalan dan pasrah. Sambil berdoa dia dah puas main stereng then pergi duduk balik kat seat, baru boleh teruskan perjalanan. Aku balik keja 5.30, ofis dengan rumah dalam 7 minit je tapi macam mana aku boleh sampai rumah dekat pukul 7? Jawapannya sebab aku tersadai tepi jalan T_T tunggu dia abis main stereng..

Pernah je dia lompat dan cakap tay -teiiiiikkk(hahaha te.tek ok!) Aku la ni tersebut word tu instead of introducing 'susu' or 'milk'. Terus imani asyik mintak tay-teeeeeeeiiikk(dia memang sebut macam ni). So kadang2 aku berhenti susukan tepi jalan tapi kalau lama sangat akhrinya aku drive sambil susukan, dengan kelajun 20-30km/j aje.. Hari tu dia menjerit kat jusco, mamaaaaaa..nak tay-teeeeeeeeeeiiik sambil selak2 baju.. OMG malu sangat!!! belum terlambat kan kalau aku ckp milk or susu...oh anakku tak sangka okey die cepat nak sebut2 dan belajar cakap. aku ingat lambat lagi sebab tu aku tak kisah.. T_T
-------------------------

Stroller
Yang ni tak yah cakap. Fail everytime. FULLSTOP.





Eh tiba-tiba dah malas nak taip walhal(ceh, BM!) ada banyak lagi nak bagitau. Simpan cerita later lah. Ok nak sambung buat kerja.

p/s: rasa macam ada lelemak di pinggang. Tetiba risau. Susah betul perempuan, kurus tak kena, berisi sikit tak kena. Apa yang kitorang nak sebenarnye? Haha tanya diri sendiri. Hari ni duduk dan rasa ada 1 layer nipis lipatan lemak. OMG, itu petanda awal berat akan bertambah pada masa akan datang. Waspada!


Thursday, September 20, 2012

1 tahun 5 bulan

Assalamualaikum..

Hai kawan2..Lama sesangat tak update blog. Takde follower tegar takpe. Kalau ade tu yang kesian.
Nak cerita apa pun tak tau. So macam biasa la cerita pasal anak.

Imani dah masuk 1 tahun 5 bulan dah 11 September hari tu. Next month gi jab. hehehe. Itu jela hadiah yang paling kerap aku bagi dia.

Now Imani tengah nak belajar cakap. Ada lah a few words yang dia dah boleh sebut. Kadang2 kelaka pon ada. Hobi malam2 suka tengok cerita hantu kat astro. Lepas tu menjerit takut tapi gigih toleh2 nak tengok lagi. Kalau tukar channel marah. So apakah motif dan hobi baru suka tengok cerita hantu tu? So tak sesuai k..Tau sebut ghost tapi bunyinye goooohhh..

Antara word yang dia boleh sebut..

Lion : sebab feveret jugak tengok channel 556 (animal planet). Huish kalau tengok animal planet memang penuh perasaan siap sedih2 bagai. Sedih sebab lion eats buffalo..kellas tak? Memula lion ganas2 eat buffalo tu, dia tiru2 aksi cakar tu semua siap buat suara lion grrrrrrr auuuuuuumm semua tu lah. Tetibe sedih plak bila buffalo mati. Mengalir air mata hahaha. Emo!!

Rhinoceros(camni ke eja?): Aku terperanjat sebab dia sebut ghenoseghooohhh(hahah bunyi takleh blah tapi ada sipi2).

Mole: Taik lalat dia tu la kat tangan..if tanye mana taik lalat, mana mole, terus tunjuk kat tangan ngan kaki. memula tanya dia, imani mana taik lalat? masa tu dia tak kenal ape bende taik lalat tu. pastu dia duk haa? haa? aaa? ala2 nak kan confirmation la. funny ok sebab macam borak2 je ngan dia. Now pon boleh ajak sembang..benda dia faham ke ape dia angguk2 or cube sebut kalau tak faham n susah sangat nak register kat otak dia akan tanya aaaa?? aaaaaaaaa??? hahahha.

Mama,papa: yang ni dah lama tau

mamawa: adik aku..nama wawa so panggil mamawa..

Qaira: Nama kawan kat BS, haha terkejut jugak sebab tau sebut huruf R.

Tiger : Aiger (boleh la, janji ada sipi2).

Flower: hihi ade satu hari tu kat kampung dia tunjuk bunga pastu dia ckp kat nenek dia..aaaweeeerrr(nenek ckp amboih ckp omputih ngan nenek). maybe sebab byk tgk tv kot so ade je word yg aku tak pernah ajar tapi dia tau..syukur la camtu so tak perlu banyak effort sangat nak ngajo hihi(mama ngelat).

teacher: icherrrrrrrr...boleh la panggil teacher siti and teacher ain (dua2 babysitter tapi ajar panggil teacher ala2 kat taska). ada tu dia panggil siti je...iskkkk..

upin ipin: sebab tengok iklan je asalnya pastu dah tengok plak cite tu. ok cite ni byk pengajaran, banyak ajar2 semua tapi tak berkenan sungguh la cakap aku-kau kan....imani dah la tengah belajar cakap. so now stop kejap bagi tengok upin ipin..kalau bagi pon yg kat disney..at least i-you..pernah je ada pengalaman akak sama taska ngan imani dulu,,anak dia cakap aku-aku ngan mak sendiri sebab terpengaruh upin ipin..so amat risau gak la..tapi upin ipin ni memang memberi tarikan kat budak2.so how eh?? kenapa cite luar like dragon ball ke ape bila alih bahasa boleh je pulak guna saya-awak..tetap nampak ganas ape.??

betul3..: boleh sebut dah betul3 ni tapi tengok mood.if mood elok asyik duk sebut kalau bad mood memang tak aaaa..

Lepas tu pandai buat muka. suruh muncung mulut buat muncung..suruh buat mata, kelip2 mata..sebut nose terus tangan otometik gi korek idung, boleh??? yang tak menahan kalau cakap mcm mana pretty face? terus kelit2 mata senyum2..pretty ke???


Yang tak tahan teramat sangat, susah sangat nak tido biarpun aktif. Siang memang tak tido. Malam tido pukul 11 or 2.30 pagi, boleh?? Mana la aku tak meroyan kan. Selalu la aku merajuk2 la konon kat dia sebab dah puas buat semua cara takmau tido gak..bila aku merajuk camtu baru dia nangis teresak2 sedu sedan semua. then baru boleh tidokan.

Kalau kat rumah babysitter, BS cakap imani tak suka layan mainan sangat. Kalau bagi buku dia boleh tengok buku tu fokus lama2 sampai setengah jam ke ape. Syukur la kalau rajin membaca..sumpah yang ni tak ikut mama langsung hahaha. Dia suka fokus ape benda dalam buku tu. Gambar2 tu semua dia tengok dengan teliti. Alhamdulillah..

Malam2 pun kalau kat rumah suka ajak mama drawing ke, (conteng2 jelah sebenarnya). Dah habis kertas pergi sendiri bilik papa. dah tau mana papa simpan A4. so senang jela jaga dia takde la susah pun cuma sedih je tak cukup masa sangat kan nak main dengan mak pak..tu pasal kot dia takmau tido awal,nak main ngan kitorang kot..

Ok gambar semua amek kat FB je takde usb connector lah..ulang tayang dah la..


sibuk ikut papa repair2 printer rumah. tau je dia kalau jumpe tempat2 skru tu semua dia tau la mana nak tuju screwdriver tu smue kan. (perlu pengawasan ye,alat2 ni tak sesuai buat main)

balik from babysitter terus on laptop..nk tengok youtube le tu. kenapa mama kedekut nak beli ipad ek? Mama sila beli. Eh papa mohon beli!!!


Pada 1 ketika bersama Rayyan. (Gaduh, ok!)


Atas tu semua gambar lama..ni yang baru dah panjang rambut..dah ada gigi banyak skit..

Gigi kapak agak besar tp rasanya bila dia besar size ni kire standard.gigi lain kecik2 petak2..alhamdulillah takde gigi yang senget ke serpih ke ape. Aku godek2 gak gigi kawan2 dia ada yg terlebih besar, ada yang senget, ada yg tumbuh mcm kembar pastu terbelah..so syukur ok imani awak dpt gigi cantik..

Hobi baru adalah melaram..gi kedai nampak spek ha terus takmau lepas. dah banyak dah koleksi tapi terpaksa ah beli jugak kan sebab dah tak mau lepas.. 
baju ni dah lama sangat beli.since dia frame kecik, baru 10kg, so muat lagi. baju ni mmg untuk usia 1Y pon, papa beli kat Jakarta. Banyak tau baju baby kat sana yang fashionable. Kat sini susah la nak cari..bosan k aku duk rotate baju imani kebanyakan duk pakai yang sama je..

My current FB profile picture..
Tips untuk kekalkan tocang n spek ni, masa mula2 pakaikan semua orang kena excited gila puji dia dengan gaya sekali OMGGGGGG cantiknyeeeeeee..cantik sangat!!!(camtu la antara ayt penyedap utk dia) pastu jangan lupa bawa dia tengok cermin lepas puji..
sebab dia akan rasa dia sangat cantik then dia senyum..maka sepit rambut, spek semua brg2 hiasan akan kekal lama di badan hahahha. kalau tak puji..hmmmmmmmm kejap je k!

Lagi bukti suka melaram. malam2 pakai neclace ala2 pearl gitu..sambil buat homework(erkk homework ke??)


Buat idung...


Banyak lagi kalau nak cerita pasal imani ni. takpela lah will update time to time...Entry ni akan dicopy paste ke blog dia plak.

Okay bye2..cepatla update pasal anak korang pulak..nak baca!!!




Thursday, September 6, 2012

random 1- pasal keja

Assalamualaikum u all.

Eh lupa sangat ada blog aku ni ye. Tak ada masa nak update. Maybe sebab memang blogger tegar so ala2 sendu jela nak update2 pun khenn..

Update random2 jelah.

-now dah bulan september. nak cite pasal keja memang busy lah sebab duk kejar dateline projek2. banyak projek aku jaga ni. ada 3 projek. ganti orang je sebab orang tu cuti belajar. dah setahun kot aku tanggung unit tu. 2 unit aku jaga skarang.

pastu nak kejar bayaran. biasa la gomen makin akhir tahun makin nak menghabiskan duit. baki duit pembangunan kalau boleh nak guna semua. personally bagi aku, kalau duit tu tak komited dibelanja ke mana-mana, pulangkanlah semula kepada kerajaan. ini tak, selagi ko boleh guna, kau guna..bodo betul aku rasa konsep ni. guna apa yang perlu dah la walaupun kau dpt peruntukan tu. bab ni memang aku betul2 tak setuju dengan konsep keja yang mcm ni. dulu kalau kat private setiap hari orang struggle buat sales, cari project untuk earn money. gomeng ni pulak setiap hari kau pikir nak belanja ke mana duit tu sebab dorang ni dah biasa dalam kepala otak, duit yang tak dibelanja kena pulangkan so macam rugi. cuba la ko twist pemikiran tu, kalau duit jabatan kau tak belanja tu, dipulangkan kepada MOF, banyak lagi kerajaan boleh guna semula duit tu untuk benda lain untuk pembangunan negara. jangan guna untuk PRU sudeh!!

in fact 2 daripada 3 projek aku terpaksa handle ni(amek keje orang kan?) bagi aku tak penting dan amatlah membazir duit rakyat. kos 2 projek tu boleh buat 1 banglo kat KL tau.(hint jelah, kau gila nak bagi tau kos projek).

macam unit aku sendiri, unit aku la unit paling miskin sebab aku tak mintak duit belanja pembangunan, sebab selagi kau boleh buat sendiri kau buat la sendiri. kalau nak outsource pun pilih projek yang betul2 membawa impak sudah lah..unit aku ni struggle dengan 2 je staf tau, aku dan penolong aku. kitorang buat kerja dalam serba takde duit tapi jalan jeee unit aku nih. watpe membazir duit rakyat hoiii dosa! aku mmg thankful sangat dpt assistant yang rajin. time aku busy terpaksa handle 1 lagi unit or ganti director aku yang selalu lah masuk wad taun ni, dia yang banyak tolong aku buat macam2 dengan gaji yang tak seberapa. kalau budak ni dapat naik pangkat ke ape, aku nak mintak tukar jabatan dah. dia pun kalau aku pindah jabatan, dia nak pindah gak. kekdahnye dia takleh nak keja dengan jaya kalau aku takde, and kalau dia takde pon aku susah buat keja.

aku ni self  learner sebenanye,  masa aku masuk jabatan ni kan aku tak penah di train ape2. aku mintak dorang create username, password, aku godek sana godek sini tadaaa dah siap keja aku..xde sapa penah ajar..sebab tu kot assistant aku ni terkagum kejap. sebab dia kata officer sebelum aku ni memang tak reti buat keja. amat syukur minah tu resign. pastu emo2 je bila dapat task. kalau dulu ape2 masalah assistant aku ni kena rely on vendor tp sejak aku amek alih kebanyakan aku settle sendiri lah..kadang2 mcm aku plak assitant ade gak..hahah tapi aku tak kisah sebab masing2 memerlukan kan..ko takyah la nak belagak kau hebat sebab kau officer, assistant ko sokongan jek..aku dah jumpe banyak jenis officer perangai mcm ni.

bila kau dapat task, kau humban semua ke anak buah. ujung2, time meeting, time present kau hebat nak mampos mcm kau buat semua..terus bos besar kau puji melambung. padahal anak buah kau buat semua. memang keji gila orang camni...keji dalam efisyen..kellas kau kan? hahah.

ok la aku pun banyak benda nak kena belajar lagi and banyak kelemahan, tapi hati teramat tawar nak keja dalam situasi macam ni..aku pikir kalau aku resign, financial akan sedikit goyah la sebab aku takleh la nak soping2 suka hati aku je guna duit aku sendiri. and kena rely on duit laki. laki aku pon duit kadang2 kene keluar buat modal bisnes. bila tah la aku boleh hidup dengan aman di rumah sambil klik2 maybank2u accept payment  customer. sebelum ujung taun memang kena run side-business ni..pastu kan kalau aku resign jadi suri rumah je dulu sebelum bisnes sendiri boom mesti aku jadi lack of confidence la ape lah kan..hurm..pastu jadi macam semakin makcik2..uwa takut..ngerinye makcik2..

ok la nak siapkan evaluate sebutharga. dah siap buat entry lain plak.
babai uols.



Thursday, July 5, 2012

Chicken Soup Recipe for Lil Imani


This is the most delicious chicken soup recipe and really good to make when you have left over roast chicken. With chicken, rice and vegetables it makes a meal in itself and some fussy eaters are much happier eating soup recipes.
 
Chicken Soup Recipe



 

Ingredients

1 tbsp olive oil
½ medium onion (50g) chopped
1 medium carrot (85g) diced
650 ml good chicken stock
½ tsp fresh thyme leaves
50g frozen peas
85g tinned sweetcorn
55g rice  
110g cooked chicken
salt and pepper

Method

Saute the onion in the oil gently for about 5 minutes.  Add the carrot , stock and thyme and simmer for 4 to 5 minutes or until the carrot softens.  Add the peas and sweetcorn and simmer for 3 minutes. 
Shred the chicken into pieces and add to the soup together with the cooked rice and simmer for 2 minutes to reheat.  Season with a little salt and pepper. 

Information

Makes 4 portions
Suitable for freezing(yang penting sesuai kan???) tapi so far aku tak bagi dah makanan reheat utk imani..semua fresh baru di masak di pagi hari..


memang copy paste sebijik2 from http://www.annabelkarmel.com/recipes/quick-easy/chicken-soup
weekend nanti nak masak..tp soup + corn memang sedap penah makan kat hotel..nyum2..


korang, anak korang kan ada tak yg allergik egg? Imani takleh makan egg la, bila bagi makan memang muntah2...konpius mak okey..or verak2..

Wednesday, May 2, 2012

Anak yang sakit sudah sihat

Jadahnye blogger tukar layout buruk  nak mampus cenggini? Bajet maju ke?
Aku dah lama tak update blog so tak tau la memang takleh revert ke old version. Huhhh!

Lama tak update blog sebab busy jadik mak dengan kuli kerajaan katanya kan. Pegawai lah sangats. 
Hurm busy, cuti seminggu jaga anak sakit. Lepas je besday Imani tu, malam tu meragam tak hingat dia, sebabnye demam. Esok tengok2 ada ulcer kat lelangit dia. Bermula dengan 2 ulcer pastu bertambah.

Cuak gile aku rasa sebab ingatkan HFMD kan. Dah la berlaku Ahad, kebanyakan klinik tutup, specialist pon takde. Gigih la pusing Equine ni cari klinik last2 jumpe Klinik MediClass, klinik baru kat Putra Walk.


Kebetulan masa tu Imani keluar ruam sekali kat seluruh badan macam dia biasa2 kena time demam panas kan. Lagi lah mak cuak takut kena HFMD sebab kat taska dia kebetulan ada kes HFMD. Check2 semua, jenis ruam tu bukan macam blister HFMD, kat tapak kaki dan tangan pun tak ade. So ruam tu bukan klasifikasi HFMD walaupun HFMD ada kes kena ulcer banyak2 dulu. So dia bukan HFMD tapi doktor bagi surat utk pemantauan dan tak boleh bawa ke taska sebab takut jangkit HFMD sebab dia tengah demam dan weak. Begitu kisahnya. 

So, bermulalah episod aku x tido seminggu sebab jaga budak ni. Dah rupe mayat dh aku kot dengan muke dah la sedia cengkung badan papan plywood pastu mata dah lebam ke dalam. Buruk gile mujur laki aku masih cintakan aku. Wah gituuu!

Seksa jugak nak tunggu anak sembuh, dengan keja opis lagi. Bila dia tido aku curi2 masa gi check email ofis, macam2 lah nak kena settle. Alhamdulillah Imani dah sembuh sepenuhnya.

Sepanjang demam tu dia manja nye Ya Allah Ya Rabbi Tuhan je tahu. Taknak dengan sesape selain aku. Dah la aku ni dah separa gile tak cukup tido dan rehat pastu siang malam nak dukung anak lagi haaa, nak pujuk kasi makan lagi..macam2 lah..


Tapi sekarang lepas sembuh dia punye mulut jadi ringan skit, dia pandai ikut org cakap ayat ujung2 la, walaupun kadang2 sipi2 je dengar. Pastu dia pandai sebut ALLAH!! Happy gile aku. Cuma dia takmau jalan je lagi. Dan dia sedang menambah gigi dengan gigihnye menyebabkan luka parah pada aset sulit aku si kilang susu itu. Aghhhh! Yang penting sekarang sangat behave dah tak manja sangat dan dah nak pergi taska!!!

Dulu dia nangis xmo berpisah dengan aku. Tapi hari pertama hantar lepas cuti lama tu, dia nak sangat gi taska. Yeay anak mama dah matang. Erkkk. Kof kof.

Alamak aku sakit kepala nak tido kejap boleh? Sebab malam tadi gigih bangun 3x tau malam2 pam susu pasal susu tak cukup akibat kecederaan T_T. Nanges sangat!



Eh time kasih kepada semua yang hadir ke besday Imani.
  1. Mintak maaf rumah kecik.
  2. Mintak maaf korang kena park jauh.
  3. Mintak maaf korang kena naik tangga lah pulak sebelum sampai blok. Mujur ada lif.
  4. Mintak maaf sebab aku busy tak sempat layan korang sangat.
  5. Mintak maaf sebab besday girl bad mood tak hingat.
  6. Mintak maaf mangkuk mi kari tu tersilap beli..keciknyelah hai mangkuk aku tuh.
  7. Mintak maaf untuk segala kekurangan pada majlis.
Ok, sekian dan babai!!

Wednesday, April 18, 2012

Berkongsi je

Sebagai ibu yang hantar anak ke taska, tempat ramai-ramai, so nak berkongsi la macam mana u all hadapi situasi hfmd sekarang ni ye? Last week taska Imani ada budak kena HFMD. Harusla aku gelabah, takut dan risau. Yelah sebab virus ni  cepat merebak. Taska tu besar mana je. Sekali ko sedut nafas dah boleh jangkit kot.

So pada hari kejadian tu, halfday aku terus ambik Imani bawak balik rumah. Sebab baru berlaku kes kan. Parent yang anak dia kena tu hantar jugak anak ke taska. Entah la nak cakap ape, nak marah ke nak puji melambung-lambung sebab dia rajin kan keja, anak sakit pun tak nak mc jaga kat rumah. Batuk2 biasa ke takpe la, ini sakit wabak. So, sendiri pikirlah.

Taska belum ditutup sebab kejadian baru berlaku. So anak yg kena tu diminta dibawa pulang. Tapi still la rasa tak sedap hati kan sebab virus tu dah ada di taska. Selagi taska belum dinyahkuman ke ape, memang tak selamat. Jadi sepanjang seminggu Imani tak ke taska. Semalam baru pergi, tu pun ada budak room baby yang kena juga. Risau lah aku.

Ape2 hal pun sebagai ibu bapa, kat rumah kena jalankan tanggungjawab masing-masing.Kebersihan kena jaga lah kan. Basic. Rumah sepah takpe janji bersih. Eh? Motip bagitau rumah sepah? Memang sepah sikit la weekdays kadang2 tu. Ni pun mmg struggle everyday lunch hour balik rumah kemas2, vaccum2, basuh pinggan mangkuk.

Tak sangka begini kehidupan orang keja yg memang kena ikut office hour betul2. Rasa tak berani aku nak tambah anak memikirkan kekalutan2 ni. Papa Imani, kalau nak baby pun kite tunggu la Imani boleh tolong kemas2 rumah boleh ke? Keje kalau boleh mengelat sikit pegi awal, balik awal skit maybe masih terkawal. Yela dah masak2 pagi tu mana ada masa dah nak ngadap pinggan mangkuk nak basuh pagi tu jugak. Lagi2 aku ni memang selalu terbabas bangun lewat. Sebab budak kecik nih la malam2 selalu bangun lebih 10x kot. Baru je aku nak lena dah azan Subuh. Nangessss.

So berbalik kepada kes HFMD ni, so sekarang towel anak kena change daily la, sekali baju kotor semua kan, bantal pun change daily. Aku memang bawak bantal sendiri untuk Imani, mangkuk, sudu semua sendiri. Tak nak kongsi2. Bukan sebab geli nak kongsi anak orang ramai2 tapi tu salah satu langkah pencegahan juge. Kot anak kite yg tetibe tersakit, kan xde la dia menjangkitkan sakit tu kat orang cepat2.

For barang2 pulak, aku akan spray barang Imani guna Dettol Disinfectant Spray lepas dia tidur or lepas dia main. Wangi bau nih. Eliminates Odour, jugak kills virus. Katanya laaa. Yeke tidak tak tau. Takde la aku spray direct ke barang tu kire letak kumpul setempat barang2 dia pastu spray la dari jauh. Takde la spray sampai kebasahan gitu. Ini bagus gak dispray kat surface2 yang selalu disentuh. Macam tombol pintu ke ape.
Yang ni:


Pastu make sure la kalau sebelum ambik anak di taska ada pergi isi minyak ke, sila la basuh tangan dulu sebelum pegang anak. Sebab pam minyak tu entah ape jenis manusia duk pegang hari2, entah2 dia korek hidung dalam kete seblum tu pastu gi isi minyak. Siot jek. Kalau ada hand sanitizer lagi bagooos.

Lantai pulak kena rajin la mop. Mop pun kurang bersih kot. Aku lebih puas hati kalau dapat lap dan merasa lantai itu menggunakan jari jemari. Huaaa motip macam menghayati sangat2? Bab mop dan lap lantai ni la paling adventure sebab nak cari masa sesuai memang teramat lah susah. Sebab nak settle laundry lagi, nak mengepam lagi, masak lagi(kadang2 je pon), hari cuti pun memang tak sempat. Nak tunggu laki aku, errrr kene tunggu dia siap keja2 dia dulu. Tapi tu la anak kan tengah gigih merangkak. Tangan dah la guna buat merangkak pastu ngappp masuk mulut plak. Kotor lah. Kesian plak anak aku kejap2 bawak gi sink basuh tangan. Tu la orang suruh jalan tak nak. Lain kali jalan baru kotor kaki jek. sah2 kaki tak sumbat dalam mulut kan.

Sekarng ni ringan skit beban aku sebab adik aku duk rumah aku. So dia la tolong buat ape yg patut sikit2 tapi dia pun keja balik malam..Ape2 pun aku akan cuba la menitikberatkan aspek kebersihan ni. Walaupun memang renyah skit. Dah la duk rumah orang kan, nyampah plak tengok dinding dapur tu macam lekat2 asap memasak. Rasa macam nak gi cat baru lagik. Dah la sink bagi sink basic. Macam miskin je aku tengok rumah aku. Nyampah ah. Tu la ko sapa suruh lengah2 beli rumah kan. Padan muke guna sink basic.

Ok lah ni share skit pasal HFMD:


Tanda-tanda penyakit HFMD ialah:
  • Demam *tanda pertama*
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasandiaper (lampin).
  • Vesikel/blister/lepuhan pada tapak tangan dan tumit kaki.
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Tanda pertama terkena penyakit HFMD ialah demam dan diikuti sakit tekak *sakit semasa menelan* dalam masa 1-2 hari selepas demam. Gunakan lampu suluh untuk memeriksa jika ada ulser dalam mulut.
Ulser penyakit HFMD adalah kecil-kecil tetapi dalam jumlah yang banyak. Ulser juga banyak tertumpu pada kawasan berhampiran tekak *throat*. Ulser ini menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa semasa menelan.
hfmd 04 Penyakit Berjangkit | Tanda dan Gejala Hand Foot Mouth Disease (HFMD)
Bintik-bintik merah atau lepuhan/blister pada celah jari dan tapak kaki serta tangan juga akan muncul.
HFMD yang disebabkan virus coxsackie adalah penyakit yang tidak berbahaya dan mengehadkan pergerakan seseorang.
Biasanya ia hilang dalam masa tujuh hingga 10 hari. Jarang berlaku HFMD yang berulang atau berpanjangan. Malah, kes HFMD yang menyebabkan komplikasi serius juga sangat jarang terjadi.
Individu yang diserang HFMD boleh mengalami beberapa ulser pada mulutnya. Keradangan pada ulser ini menyebabkan mulut sakit dan kanak-kanak biasanya enggan makan atau minum.
Masalah kekeringan atau tidak cukup air adalah komplikasi biasa pada pesakit yang mengalami HFMD.
Kadangkala seseorang itu boleh mengalami HFMD dan meningitis aseptik (meningitis steril pada selaput otak) serentak. Namun bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku.
HFMD yang disebabkan EV-71 mempunyai kadar insiden lebih tinggi yang membabitkan saraf, namun komplikasi kardiologi seperti keradangan otot jantung (miokarditis), keradangan paru-paru dan pulmonari edema (paru-paru bengkak atau mengandungi cecair yang menyebabkan susah bernafas) jarang berlaku.

p/s: kadang2 Allah beri kita dugaan anak sakit, untuk uji keimanan kita, uji kasih sayang kita, so kita kena redha lah akhirnya. Tapi selagi boleh, kita cuba elakkan. 

Monday, April 9, 2012

Root canal treatment

Aku kat office ni. Sakit gigi, tak boleh buat kerja. Memang sakit sangat2. Asalnya macam ni. Aku dah bertahun dah tumbuh satu gigi geraham kecil ni. Tapi ruang dia tak cukup, dia gigih jugak nak tumbuh. So dia dah menyebabkan akar dia menumpang akar gigi belah kiri dia. Memang parasit betul, then secara fizikalnya dia dah menolak gigi kanan (taring bawah) sampai gigi taring tu sakittt sangat. Rupa-rupanya taring bawah tu dah berlubang dalam(nak nanges je bila tau). So dentist cakap, yang kanan kena buat root canal treatment dan tampal. Gigi jahat parasit pulak kena cabut.

Yang sakit sebenarnya gigi taring walaupun yg jahat adalah geraham kecil. Dentist kata kalau cabut gigi taring nanti senyum nampak (buruknyeeee), so dia akan cube selamatkan, dan geraham tu memang dinasihatkan cabut je sebab akar dia dah la kat gigi lain, dia pon dah rosakkan gigi sebelah sampai berlubang ke pulpa kot T_T

Asalnya aku ingat kena cabut biasa rupenye lepas x ray memang susah nak cabut. So dentist kata kena minor surgery T_T debar gile okey sebab tak ready langsung. Hu hu hu..Pastu terus aje mulakan procedure. Memula tu cucuk tang sana cucuk tang sini. Sebab libatkan 3 gigi kot so macam alahaii banyak gile koooooot jarum lebih 10 batang. Aku dah cuak jugak sebab konfeeeemm lepas abis kebas ni memang aku akan sakit gile3.

Gigi jahat tu sangat susah dicabut, so doctor kena potong dia kepada 2 dulu..Cabut sebelah2. Aduii ngeri kene potong gigi okey..Pastu buat root canal, doctor masukkan skru rasanya. Sebab nampak dia pegang skru pastu masuk pastu pulas2 gitu. Ohhhh damn gila. Damnit'strue okey! Pastu sambung lagi cucuk tang sana cucuk tang sini. Masuk jarum itu la ini lah. Haih la pasrahhh gila..Last2 ada la dia cucuk ape plak  masuk, mcm batang mancis. Tapi tu ubat kot. Byk kali gak.

Lepas siap tu kire ok la sebab ubat bius rasa lagi. Dah la aku breastfeed kan, pain killer takleh nak makan, so dentist just bg antibiotik and pcm 500. Pcm 500 tu pening kepala pon kadang2 tak menjadi kan. Memang hazab gila.. Balik rumah je terus aku menangis sakan okey sebab sakit sangat3.Betul kot sakit gigi tu sakit kedua lepas bersalin. Memang yg lepas treatment tu memang sakit gile sampai aku tak senang duduk.

Sakitnye sampai sekarang masih terasa tapi aku punye mc dh habis. So kena datang keja. Memang WTF sangat!

ok ni contoh procedure dia. nyampah tau sebab jumaat nanti kena lagi...


llustrations: Root Canal Treatment From Start to Finish

DeepInfection
1.  A Deep Infection
Root canal treatment is needed when an injury or a large cavity hurt the tooth's root. The root becomes infected or inflamed.
Route2Root
2.  A Route to the Root
The dentist numbs the tooth. An opening is made through the crown of the tooth to thepulp chamber.
Inflamed
3.  Removing the Infected/Inflamed Tissue
Special files are used to clean the infection and unhealthy pulp out of the canals. Then they shape the canals for the filling material. Irrigation is used to help clean the canals and remove debris.
Filling
4.  Filling the Canals
The canals are filled with a permanent material. Typically this is done with a material known as gutta-percha. This helps to keep the canals free of infection or contamination.
Rebuilding
5.  Rebuilding the Tooth
A temporary filling material is placed on top of the gutta-percha to seal the opening. The filling remains until the tooth receives a permanent filling or a crown. A crown, sometimes called a cap, looks like a natural tooth. It is placed over the top of the tooth.
ExtraSupport
6.  Extra Support
In some cases, a post is placed into the root next to the gutta-percha. This gives the crown more support.
Crown
7.  The Crowning Touch
The crown is cemented into place.

So, sapa2 yang dah diinvite ke besday Imani, dimaklumkan bahawa besday party canceled.Nasib baik la belum invite orang beriye kot. Kena tunggu aku  invite lagi sekali for a new date. Tunggu betul2 dah tak sakit. 

Wednesday, April 4, 2012

Shawl yang menyeksi

Kelasss kau mariamah. Zaman sekarang orang tak pakai shawl atas kepala dah..orang pakai cenggini uols:




Haaa, siap ajar kau ikat..Kalau tertanggal camne uols, agak2? kau mampoo??

Tuesday, April 3, 2012

Ngigau

Korang, korang tidur ngigau tak? Or meracau2 ke, mamai2 ke. Aku selalu mamai2 kalau penat je. Kebanyakan masa aku memang tak mengigau rasanya.

Tapi laki aku dengan Imani kuat gak mengigau. Imani ngigau kadang2 membebel ta ta ta tatatata siap macam2 nada..duk sebut tatata tetetete tatatattataa. Lucu okeh. Kadang2 Imani siap bangun duduk tercongok mata pejam..Pastu tatattatata pastu pegi sandar kat bed cushion, beberapa saat pastu tinggg, tidur balik siap dengkur. Lucu anak dara mama. Pernah jugak dia mengigau bangun berdiri meniti2 tepi katil pastu dh siap meniti setapak dua, terus baring balik. Konfius aku budak ni.

Laki aku lak bukan mengigau tapi selalu mamai2 or macam merapu bila dah penat sangat. Hari tu dia baru je tido dh awal pagi la dlm 4+ camtu kot, Imani bangun nangis mengigau and nak susu. Aku pun bangunla dari katil nak duduk susukan Imani tetibe laki aku tangkap aku yg dah kat penjuru katil macam tangkap perompak gayanya. Hahha dia mamai dia ingat yg kat penjuru tu Imani yg nak jatuh katil. Siap tangkap aku dapat penuh lak tuh. Terpinga2 jap aku. Pastu tanya la, kenapa?? Dia kata takut Imani jatuh. Motip? Hahaha. Ngigau le tew...pastu sengih sendiri.

Pastu malam tadi si Imani tido buas gile 3/4 katil dia ambik kat dia. Anyway memang Imani tido ngan kitorang, tak tido babycot pasal memang dia nak tido ngan kitorang. Manja melampau kan..So ruang tido aku tinggal sikit jela. sebab Imani dh ambik hampir keseluruhan. Terus la aku cakap, jangan harap nak ade adik kalau camni Imani, kesian adik nak tido mana kalau kakak ambik 1 katil. Papa dia tetibe jawab, takpeee adik tido kat food court. Pastu dia gelak terkekek2 sendiri, eh silapppp babycot la...food court plak..Hikhik. Masa dia cakap food court tu dia tengah mamai ;)

Then ada 1 hari tu plak masa tengah tido dia pegang la aku. Aku lak pegang Imani. Pastu aku cakap, ehhh takyah la pegang2 ni tak muat ni, katil dh tggal skit space. Dia jawab,'takpee, papa nak configure je..'.

Errrrkkkkkkkkkkkk configure ape? Pastu terus senyum2. Ceh ngigau rupenye. Biasanya papa Imani ni kantoi ngan aku pasal dia selalu terngigau technical term. Pernah ngigau cakap pasal shopping cart la, proposal la..macam2..tapi kebanyakan tu related to keja dia. Lucu la.

Papa Imani,next time balik awal sikit, cukupkan rehat ye, jangan penat2 sangat nanti mengigau...hikhik.

Wednesday, March 28, 2012

kenapa tak update?

hai uols. malas betul nak update blog kan.ala2 tak kuasa gitu.maybe sbb buat blog memang nak hilangkan boring kot dulu.tapi masa tu twitter belum glemer.so semua orang nak berblog.

Now aku banyak melayan fb ngan twitter.fb layan sbb suka skodeng kawan2 yang upload gamba anak masing2 yg semua comey2 tuh..and of kos la jugak sebab nak cekidaut online shop kat fb.pasni aku pon nak bukak kedai kat pesbuk gak.dh lama nak bukak tapi busy gile kot asyik kena ganti org tu..org ni je aku kat opis.

Twitter pon rajin gak sbbnyeeeee...aku hari2 kena join meeting yg x produktif..so baik aku menjoyah kt tweet tu. lagi satu aku mmg ngadap fb n tweet masa susukan anak.anak aku kuat mnyusu oiii and lama..kadng dh tido dh tp tetap takmo lepaskn dotdotku..manja ini budk haaaa..

ni pon dia  tido tp nak tido atas riba lak.lenguh gile dah aku ni.tu yg update blog utk mengatasi boring tu..adik aku lak balik kelantan malam ni.oh now adik aku duk umah aku :) so x de la imani ni hari2 ngadap mak pak nye je sampai dah manja melampau.

erk aku tensen la menaip pakai bb nih.so aku nak stop jela. ok bye

Friday, March 23, 2012

Nak setahun

Ish besday Imani dah nak dekat nih, tapi takde idea nak celebrate kat mana lagi. Dah ada la tempat pilihan kalau nak buat outdoor or luar rumah tapi belum dapat quotation, tempat tu best sangat kot tapi pikir balik save je la tempat tu for upcoming years, sebab Imani belum berjalan dan berlari-larian kan. No use kot.

1st year buat kat rumah je aci tak anak mama? Tapi rumah memangla super sempit. Hall tu macam kecik utk sambut tetamu datang. Jemput sikit2 ok ke? Tapi nanti ada yg kecik ati plak. Haih serba salah. Kalau buat kat mcd or kfc, no outside food pulak, abis tu tak bestnya kalau makan kfc or mcd jek. Dah la kena ikut timing dorang kan?

Camne eh? Edy kan suke sangat la nak berbbq. Motif sambut besday anak pastu bbq2..Nak buat kat playground kat rumah katanya. Then nanti berasap2 lak, kesian bebudak kecik cinonet ni nanti. Best sebenanye bbq2 ni tapi mcm kurang sesuai kot utk baby. Sayang kite save lagi idea tu utk upcoming years boleh? Hikhik.

IDEA PLEASE....

Thursday, March 22, 2012

takde pape..saja je borak kosong

sedang meriba anak yg tido.aku pun dah ngantuk ni tapi demi budak kecik ni,hari2 tido sambil duduk pun xpe.takpela,aku dah puas tido dah zaman2 bujang dulu.huk.

Eh buruk nye mukaddimah entry ni.hurm dah lama x update blog.password laptop pun dah lupa.kat opis mmg x sempat nak update.ni update pakai bb je,tak best langsung.

Wah bahagianya tengok muka anak yg sedang tido ni. tak tergambar ye rupenye perasaan jadi ibu ni.bukan ape,bila tgk wajah anak tu,sentuh2 dia,rasa lain mcm sbb tu zuriat sendiri.jadi sempurna mcm tu dari darah daging sendiri.smue pada badan dia asalnye dari aku.besar sungguh kuasa Allah ni.

Then teringat la macam mana asalnya dia.teringat minggu kelima wujudnya Imani,pergi scan nampak kantung.minggu 9 dah nampak degup jantung.skrg ada depan mata dah bsar dah.terharu okey sbb anak dah besar dh jadi manusia yg sempurna kejadiannya.pastu rasa bangga gitew pasal aku menyumbang kepada kejadiannya...hehe..

Eh xleh dilayan perasaan keibuan ni nanti x vogue la iols noks..hahahaha..dah kertu ke???hermm okla mak nak tido dulu..ngntokKkkk..dadadaaaa