Saturday, February 12, 2011

Dah 30 minggu dah

Hari ini 12 /02 saya ada check up di DEMC. Sampai hari ni, saya dah 30 minggu 3 hari. Tapi ada certain bacaan apa entah pada result scan tu macam dah 31 minggu. Ikut EDD di kertas scan tadi 16 April pulak, tapi saya still pegang 20 April lah. Tak kisah lah,. Jangan saya terberanak masa tengah drive or kat ofis dah lah.

Tadi masa checkup, baby saya ni dia duduk macam kelakar sikit. Dia asyik lah pergi ke belah kanan je. Patut la selalu sakit rusuk kanan. Keras2 pun belah kanan je, tak minat betul dia dengan side kiri ni. Pelik la dia. Takpelah janji dia aktif.

Tadi masa scan pun dia duk sibuk tendang dan main2 tangan. Mula2 doktor tunjuk tulang paha dia, doktor cakap tu la kaki dia. Baru je berapa saat dia dah larikan kaki dia. Menyorok pulak. Lepas tu doktor pergi ke tangan dia pulak, bila doktor cakap ni la tangan dia, tiba2 dia genggam2 jari pulak. Hehe.

Position baby dah ok balik. Masa 4d scan hari tu dia songsang. Now kepala dia kat bawah balik dah.
Hopefully kekal la position ni sampai nak bersalin nanti. Biasa saya tengok gambar baby dlm perut kat internet, diaorang bengkokkan kaki, tapi baby saya sungguh flexible, beliau meluruskan kaki Hahahha. Patut pon sakit teramat sangat kadang2 tu, rupenya dia lurus2kan badan..Harap2 baby sihat sentiasa sampai dia keluar. Amin..

Ok, sekian terima kasih.

2 comments:

Bright Eye said...

BE doakan baby pestisid selamat dan sihat selalu.. Ibunya pun kene jaga diri dan makan makanan yang berkhasiat..(^_^)

pestisid said...

BE,

Thanks..baiknye BE...