Wednesday, February 9, 2011

Pantang....Percaya?

Hari ni Kak Pora nak cerita pasal pantang larang masa mengandung. Eh motif tetibe jadi Kak Pora?
Hahahah actually aku tak suke Kak Pora gossip tu sebab aku rasa gossip Kak Pora kat paper tu murahan gila kot.
Dulu2 kan kat rumah suka gurau2 adik beradik dan mak. Kalau baca Pancaindera ke, Bi-Pop ke, suka main teka2,
eh eh ni gosip pasal artis mane ek, yg ni artis mane ek, yg tu artis mane ek? Sampai aku pegi lantik diri aku jadi Kak Pora,
adik aku jadik Gayah Gebu, sorang jadik SS, pastu tak silap mak aku jadik Zubir. Motip Zubir? Kesian umi saya hahahaha.

Kejis sangat kan anak macam ni.
Sekarang tak aktif dah baca gosip sok kaba. Kalau rajin, bace blog je. Mak aku pun sekarang ubah haluan ke bidang sukan plak.
Dia minat bola tahap dewa. Kalau pukul 7+ tu dia bukak Astro Arena tengok Nadi Arena ke ape. Pastu mcm emo2 kat penyampai sukan
si bekas Pelakon, Rashid Salleh tu sbb Rashid suka baca berita gagap2. Hahah.
Kalau balik kg, aku ngan Edy mcm terkedu tgk mak, ayah ngan adik laki cakap pasal EPL la, world cup la, Piala Malaysia la.
Aritu mak aku cakap2 pasal perpindahan Torres. Kellezzz tak mak I? Mak uols camni tak? hahaha. Dia minat Arsenal kot hahaha.

Masa lepas Piala Malaysia aritu pun aku ade balik kampung mak aku sibuk bincang dgn adik laki pasal perpindahan player kat Liga Malaysia.
Hahahah lucu. Semua pemain dia kenal kot. Aku mcm waaaaaaaaaaaaahhhh bondaaaa hebatnya. Anakanda sembah ratu kat bonda...Hikhik


Eh tetibe mcm lari topik kan. Bukan macam lari, tapi dah memang konfem lari topik dah aku ni.
Ok kembali kepada pantang larang masa mengandung. Sapa2 mengandung, u all percaya ke pantang2 orang tua2 ni. Aku sebenarnya tak percaya
melainkan ada hujah2 yang logik je, like jgn makan nenas tu. Sebab bagi aku yg tu logik percaya sebab nenas tajam kan. Rahim perempuan ni lain2 kekuatan dia,
ada orang tu rahim kuat, die telan nenas 8 bijik pon sihat walafiat lagi. Tapi sepanjang pregnant rasanya aku tak makan nenas kot.

Ni antara pantang yg aku selalu dengar la, and ada a few yg baru dpt tau:

1. Jangan minum kopi/nescafe/makan kicap, nanti anak gelap.
(Erkkk aku memang elak nescafe/kafein termasuk coke dan pepsi di awal pregnant, sbb awal2 dulu pembentukan sel2 saraf otak baby dan neuron2 semua kan.
Actually kafein boleh merencatkan atau mencacatkan pertumbuhan saraf2 tu, itulah sebab aku tak minum, bukan sebab takut anak itam.
Lagipun, sebagai org yang belajar Bio, hal2 warna kulit dan rambut ditentukan oleh genetik, dan untuk pengetahuan yang tak tau, masa form 5 dulu
tak silap aku, warna gelap sebenarnya adalah dominan. Tapi aku tak faham jugak mcm mana org gelap kawin dengan org putih, anak boleh jadik putih tu.
Maybe mak or ayah yg gelap tu dapat genetik kulit gelap dari gabungan gen yang resesif je kot. Bukan jenis hitam dominan. Sama la dengan jenis rambut, rambung kerinting adalah dominan berbanding rambut lurus.
Lagi satu hujah yang logik utk menerangkan pasal minum kopi anak gelap, minum susu anak putih ni adalah bila tengok cite Tamil, aku tengok pagi2 dia minum susu kambing or susuuuuuu je, tapi motip anak2 Tamil tu itam berkerak? kihkih. So kalau anak aku ni nanti kulit dia gelap sikit tu, nescaya tak ikut papa dia la kot, ikut aku la kot sbb kulit aku ni kan cerah2 kuning2 gitu. Tapi Edy memang cerah2 merah. harap2 ikut papa. Comel sket kalau baby putih kanssss.)

2.org tua kata:jangan lilit tuala kat leher, boleh sebabkan anak mati lemas tali pusat terlilit kat leher.
(ape motif dan kaitan dia? Ada hujah saintifik? Aku tak percaya...a...kuuuu tak percaya cinta..aku tak percaya c.i.n.ta..eh tetibe Liyana Jasmay plak)

3.Jangan menjahit. Pantang.
(tapi yg ni aku tak tau ape sebab tak boleh menjahit dan ape yg berlaku kalau menjahit. Abis tu kalau org tu tukang jahit, pastu die pun mengandung, takkan dia nak kena tuka profesion jadi penoreh getah plak. Silap aribulan org tua pun cakap, kalau mengandung jangan menoreh getah. Abis nak keje ape? Jadi perdana menteri? Hakhak.. Or cuti menjahit 9 bulan. Tak ke naya cuti menjahit 9 bulan. Kalau kena musim raya, rugi besar wooo takleh ambik tempahan. )

4.Time makan jangan guna pinggan/mangkuk kecik. Takut laluan tak buka penuh.
(Motif???? Abis nak makan pakai dulang ke bagi laluan sebesar alam..tak pun tumpahkan lauk atas highway..makan beralas highway..baru besar bukaan uols..hahahah. Mcm mane kalau org tu makan kat kedai yang standard mcm KFC ke, kan ke bekas coleslaw KFC tu kecik je, motip masa nak order kene cakap kat tukang ambik order, dikkkk saya nak mintak coleslaw tu letak atas dulang ye..gitu ke? Hikhik)

5. Jangan minum air soya, nanti kulit anak sensitif.
(Yang ni aku dengar gak. Mungkin betul kot. Ape ek kandungan soya yang tak ngam ngan pigmen kulit? Maybe ade betulnyalaa..Nak kena siasat lagi yang ni.)

Oklah tu yang pasal mengandung. Banyak lagi sebenanye pantang larang org tua2 ni sampai tak larat nak baca. Aku terima apa yang logik dan ada penjelasan dari segi sains je kot. Yang lilit2 tuala semua tu mcm errrrrrrrrrrrrrrrrr kalau takde pantang ni xpe kot.



Contoh pantang larang (bukan utk pregnant la) yang ternyata silap:


1.Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
(alaaa aku nyanyi je dulu, tak kawin ngan org tua pun, ke tua 2 tahun dikira org tua? sentap laki mak nanti kan)

2.Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
(lupe la pulak wajah pucat ke tidak hahahaha)

3.Dilarang makan berubah tempat, nanti suami ramai.
(hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mcm tu pulak?)

4.Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
(konfem???merapu ni)

5.Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
(aduiihhh jodoh, ajal, maut semua ketentuan Allah subhanahuwataala, kawan2...)

6.Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
(errr x tau nak komen, nnt try bersiul dlm rumah, tgk ade ular naik lif tak ke tingkat 11 umah..)

7.Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
(ni mcm ade dlm sunnah nabi kan..kalau ade benda2 or hujah berkait dengan agama ke, saintifik ke, aku caya laa)

8.Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
(masa kecik2 aku meniarap pastu mak aku ade kat belakang. aku angkat satu kaki pastu pandang belakang tgk mak idup lagi ke tak, pastu tgk elokk je lagi dia
tgk tv gelak2. pastu aku angkat 2 kaki plak, pandang blakang lagi tengok mak, okeyyyyyyy je dia alhamdulillah panjang umur sampai ke hari ni.
hihi..)



Oklah sebenarnye orang tua buat pantang larang ni utk menjaga adab sopan je kot. Tapi masalahnye kesan2 kalau langgar pantang tu mcm over plak cara diorang reka kan. Like, ahhhhhhhh ape kaitan  nyanyi kat dapur dpt laki tua???? Gitu la.

Cuma aku nak minta maaf pada mana2 pihak yang tersinggung kalau ade certain pantang larang yg diorang pegang lepas tu aku ala2 mempersendakan. Aku tak mempersenda la, cuma nak tau kesahihahn dan bukti2 dia je. Tak saintifik kalu, takmauuuuuuuuuuuu la percaya. Khurafat je. Free2 dapat dosa.

Okla sekian. Respek gile sape bace sampai abis. Panjang gila. Hahaha

6 comments:

rosealley said...

respek la aku baca sampai abis, haha, klaka ok ko nyer xnak percaya tu, kihkih, makan atas highway, haha

dd dudu said...

kenapa entry ni sangat kelaaakaaaaaaaa :'D

nak gelak guling2 atas highwayyyy

Bright Eye said...

its the longest blog i've ever read..tp nmpk interesting..nnt BE akan sambung baca lagi..hehe

pestisid said...

Rosa,

Respek respekkk..ade org baca aku merapu. mesti ko tgh bosan kan?TU lah, sebut bab2 bukaan sempit, luas ni aku terbayang highway terus.

Dd,
Ala overnya guling atas highway..puks

BE,
Thanks yaaaa follow blog merapu ni.

Ezzan Yusop said...

ezzan pun baca smpai habis lisa...pastu gelak sorg2 kat opis. haha.

pestisid said...

ezzan,

mekasih sebab baca sampai abis. tak sia2 menaip dan merapu..kehkeh